My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Friday, November 26, 2010

Diperkosa perompak !

iskkkk........ibu tak tau nak cakap ape bila baca berita ni.....bangangnye certain manusia skang yg sanggup buat begini pada seorang ibu.....huhuh...semoga dapat balasan dengan segera...!

sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diperkosaperompak/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

10 comments:

Mrs.Imran said...

ya allah...takut pulak nak tinggal umah dgn anak2 dah sekarang nih....baik siang ke mlm ke sama je...mmg perompak nih tak guna, tak terpikir ke,kalo ibu itu ibu dia... camana?semoga perompak nih dpt balasan dgn segera...

Imaan09 said...

Ya ALLAH..baca ni, perasaan akan terganggu beberapa hari..huwaaaaaa..kenapa laa dunia skang ni!

sarah-najwan said...

mmg takut..huhu
semoga kita semua dilindungi Allah taala...

mummy_ayu said...

takutnya...hubby ayu puns elalu gak balik keja lambat..ayu ngan 2 org anak kecik..minta dijauhkan dr kita semua...amin..

[-suziey-] said...

ya Allah kesian btl ibu tu..demi anak dia..ye la..memikirkan ank dia baru je nk masuk usia remaja..masih jauh lagi perjalanan..si ibu dh kawen xpela..huhu tp mmg kejam btl la perompak tu..haih manusia skang dh ilang perikemanusiaan..dorang tu xingt hukum Allah dh...

omurice said...

jhatnyer...dah amik duit....maruah pun amik...jahat2...tolonglah..nape ada manusia yg jahat macam tu...xpikir alam lain ker???

mamawana said...

Simpati. Wanita yg sering tinggal bersendirian digalakkan membaca Surah Al Baqarah (bacalah setakat yg mampu) beserta Ayatul Kursi setiap mlm berdoalah insyaalah doa ini sbg pendinding.

ch@ said...

manusia dah hilang kewarasan, habis sikap dan akhlak perompak tinggal zero. semoga Tuhan dpt membalasnya dgn segera.

sekamar rindu said...

ya Allah...kejamnya..tak ada perikemanusiaan langsung...

kalau setakat nak ambik barang tu..ambik laa.,.ni nak rogol2 pulak..

sadis...

phreak-id said...

Sama-sama kita doakan perompak tu dapat balasan yang setimpal. geram betul bila dengar berita mcm ni. apa la nak jadi dengan dunia ni.. grrrrrr

Terbaru >> 1) Komen Adalah SEO? Macam Mana? 2) Ada Button Pelik? 3) My Precious Gift From God

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts