My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Saturday, November 27, 2010

PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) kini di bursa saham !

hmmm...ape lak kene mengena ngan ibu ek..tetiba cakap pasal saham nih...
heheh just want to share..something about business @ investment...ibu memang minat bende2 macam ni...

memandangkan kerja dan juga kehidupan harian ibu memang ade kene mengena dengan PETRONAS ni, so xsalah ibu nak share pasal saham anak syarikat Petronas yang baru saja disenaraikan di bursa saham semalam...
tempias saham terbaru ni memang ade la kene sikit kat ibu...hmmm...harap di murahkan rezeki oleh Allah SWT...


Kaunter paling aktif semalam dengan 637 juta saham diurus niaga hari pertama

SAHAM PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium 52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi.

Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04 sesaham.

Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus, sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu.
Bagaimanapun keadaan sentimen pasaran Asia yang kembali terjejas ekoran kebimbangan terbaru berhubung ketegangan politik di Korea pada tengah hari semalam menyaksikan kemunculan aktiviti pengambilan untung di kaunter berkenaan khususnya pada sesi dagangan petang.

PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham.

Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang tidak menentu.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS itu pada masa depan.
“Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang memberangsangkan,” katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut.

Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa saham tempatan.

PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini.

“Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa Malaysia, menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya.

3 comments:

CGG said...

petronas makin lama makin kaya raya..
kumpul asset..
best kalo dapat jadi pegawai undang2 kat sana:)
i really wants it

izzat said...

salam.. aw ade beli saham perto chemical ke? sy rase leh naik lagi tgi.. maybe lebih dr rm11. starting je dah 5.20. banding dgn saham petronas lain klu xsilap xde pon mase starting sampai rm5 seunit. pe komen?..

ibu_BatRiSya @wardah said...

ade sket...husband jela...tumpang sekaki..ekekek....
harap2 ade kenaikan tp lum plan nak jual lg....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts