My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

Beli lah Album Yuna kat 7-Eleven !


hmmmm...ibu minat jugak kat Yuna....pada ibu, die memang seorang yg kreatif dalam mencari mata pencarian ...kreatif cipta lagu yg sememangnya lain dari yg lain...
pastu perasan x cara die pakai tudung skang....unik sungguh!!!

kalu artis yg pakai gitu, nampak lawa & biasa je...sesuai je pin sbelah, senget2..
tp...agaknye kalu mcm kite-kite ni yg berfesyen gitu, ermmm...ok kerr?? lawa ke ??

sumber : murai

KUALA LUMPUR, 10 DIS 2010: Menyedari kaedah penjualan album secara fizikal semakin malap, pelbagai kaedah telah dilakukan bagi memastikan produk album tempatan mampu terjual.


Terbaru Laguna Music, memilih alternatif baru dengan menjual tiga buah album tempatan di kedai serbaneka 7 Eleven. Album tempatan melibatkan artis Yuna, Sevencollar T-Shirt dan Purevibracion.

Pengurus Besar Laguna Music, , Jeremy Little berkata, kaedah tersebut diyakini mampu membantu penjualan album tempatan memandangkan 7 Eleven merupakan kedai serbaneka yang cukup popular.

"Sekarang memang susah nak jual album kerana masyarakat sendiri malas nak pergi ke kedai cd. Saya rasa meletakkan album di 7 Eleven merupakan satu kaedah yang begitu mudah untuk menjual album. Sebabnya, cawangan 7 Eleven ada di mana-mana sahaja," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran 7 Eleven Music di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Telah pun berada di 1190 buah rangkaian cawangan 7 Eleven, Jeremy berkata, mengikut perancangan setiap dua bulan sekali, akan diedarkan tiga buah album baru naungan dan edaran label syarikat mereka di kedai serbaneka tersebut.

"Kita merancang akan edarkan setiap dua bulan tiga album baru. Semuanya masih dalam perancangan dan kami yakin ia akan berjaya," ujarnya.

Tidak terhad kepada artis naungan dan edarannya sahaja, tutur Jeremy, pihaknya juga membuka peluang kepada label muzik serta artis yang lain untuk turut serta dan bekerjasama dengan Laguna Music.

"Kami membuka peluang kepada syarikat muzik dan artis yang lain jika mahu turut serta untuk mengunakan kaedah sebegini. Kami mengalu-alukan dan membuka pintu untuk bekerjasama," katanya lagi.


Sementara itu, bagi Yuna, kaedah penjualan tersebut secara tidak langsung dilihat mampu membantu meluaskan penjualan album setiap artis.

"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai cara ini. Tapi saya sangat gembira kerana album kami semua akan lebih mudah diperolehi. Saya bagi contoh 7 Eleven juga ada di kampung saya Batu Gajah. Jadi orang-orang kampung tak perlu lagi pergi ke pekan untuk mendapatkan album saya," katanya yang kini sedang giat menjalankan latihan sebagai persediaan untuk Anugerah Juara Lagu ke-25.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts