My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Saturday, December 18, 2010

Kagum dengan 'KONSERT PERMATA SENI'...!

WAHHH....memang ibu kagum sangat dengan persembahan kanak-kanak dalam " KONSERT PERMATA SENI" tu....sangat berbakat budak-budak tu....

sempat gak tgk sket td kat TV3...tp xleh nak fokus pasal duk wat kerja rumah sambil memantau keadaan Batrisya yg xberapa sihat bila masuk waktu malam...(risau sgt2 ni...)

apepun konsert ni mengingatkan ibu pada zaman sekolah menengah dulu...yg penuh dengan aktiviti macam ni...
hmmm rindunya...SEKOLAH SERI PUTERI, Jalan Kolam Ayer (now dah tukar jd Sek. Men. Sains seri puteri, & my school dah pindah Cyberjaya...)

gambo kat tv3 yg sempat snap ngan henpon ...hehehhe

suka sangat part koir tu...


KUALA LUMPUR: Konsert PERMATA Seni bertema 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa', yang sertai 150 kanak-kanak mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang meluangkan masa hampir 90 minit menyaksikan konsert itu di Panggung Sari, Istana Budaya semalam. Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya, berkata persembahan konsert PERMATA Seni cukup hebat dan beliau percaya mereka yang menonton program itu secara langsung di televisyen terpesona dengan persembahan itu.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terbabit dalam menjayakan konsert ini, ” katanya.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung PERMATA, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Turut berangkat ke majlis itu, Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar.

Kemuncak konsert yang memukau kira-kira 1,400 tetamu ialah gabungan ketiga-tiga PERMATA Seni melalui medley lagu Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Program PERMATA Seni dilancarkan pada Januari lalu bagi menggilap bakat seni kanak-kanak berumur dari tujuh hingga 15 tahun.
Sementara itu, dalam buku cenderahati konsert itu, Najib berkata, PERMATA Seni adalah program terbaik untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbakat tinggi dalam bidang koir, muzik dan tari.

Perdana Menteri berkata, harapan beliau supaya Konsert PERMATA Seni yang berlangsung semalam menjadi titik permulaan kepada manifestasi kecemerlangan anak-anak Malaysia secara berterusan.

“Sesungguhnya program itu satu pelaburan pembangunan modal insan jangka panjang negara, khususnya dalam bidang koir, muzik dan tari.

“Sejajar dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang mensasarkan pembangunan masyarakat cemerlang, program PERMATA Seni ini akan terus menjadi sebahagian program utama negara, ” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts