My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

Kes pesawat terhempas di Kampar- Jenazah Inspektor Mohd Shukri selamat dikebumikan

kesian....dah la anak baru je umur 18 bulan...hmmm...sedih tul...

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JenazahInspektorMohdShukriselamatdikebumikan/Article/index_html

KEPALA BATAS: Jenazah Allahyarham Inspektor Mohd Shukri Othman yang maut dalam nahas helikopter di Malim Nawar, Perak semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Tok Gelam di sini jam 3 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham tiba pada jam 1.45 pagi dan terus dibawa ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan. Isteri Allahyarham, Syarmila Halim ketika ditemui berkata kali terakhir beliau bercakap menerusi panggilan telefon dengan arwah suaminya kira-kira jam 1 petang sebelum kejadian. "Arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik dan bersikap seperti biasa," katanya. Syarmila berkata kenangan bercuti bersama suaminya di Port Dickson minggu lalu masih segar dalam ingatan dan menjadi memori terindah yang akan dikenang sepanjang hayatnya. Allahyarham Mohd Shukri meninggalkan balu, Syarmila, 26, dan seorang anak lelaki berumur setahun lebih. Mohd Shukri, 31, dari Unit Latihan Polis Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training and Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah. Pada kejadian semalam, Allahyarham sedang mengendalikan penerbangan solo dengan pesawat pelatih jenis Robinson 44 (R-44) milik syarikat penerbangan swasta bila pesawat itu terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts