My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

Masalah Semasa Hamil, Bila Anda Perlu Bimbang ?

SUMBER : ratuhati
Selain daripada rasa loya pada sebelah pagi, sakit pada hulu hati dan sedikit perubahan fizikal, kehamilan tidak seharusnya membuat anda berasa tidak sihat atau menunjukkan gejala yang teruk. Jika anda mengalami sebarang daripada gejala-gejala berikut, jumpa doktor anda secepat mungkin.

BILA PERLU MENIMBULKAN KEBIMBANGAN

  • Pendarahan daripada faraj atau keluar darah bercak-cak, yang berlaku lebih daripada sehari dan/atau disertai dengan demam, menggigil dan rasa sakit.
  • Pening yang berterusan disertai dengan rasa pitam atau pengsan.
  • Sakit pada bahagian pelvis.
  • Jika muntah-muntah melebihi dua atau tiga kali sehari, dan disertai oleh rasa sakit dan demam.
  • Demam.
  • Sakit semasa kencing.
  • Lelehan berair faraj yang berterusan atau banyak.
  • Bengkak pada pergelangan kaki, tangan dan muka yang terjadi dengan tiba-tiba.
  • Gangguan Penglihatan– tiba-tiba kelam, kabur dan buta buat sementara.
Apakah Tindakan Anda Terhadap Keputusan Yang Diterima?Apakah yang anda harus lakukan sekiranya doktor memberitahu anda terdapatnya masalah dalam kehamilan? Bertenanglah, dan:
  • Tanya soalan. Minta doktor menerangkan tentang apakah masalah yang dihidapi janin anda ataupun risiko untuk keadaan itu, jangka hayat bayi dan apakah masalah yang mungkin dihadapi, dari segi fizikal dan mental.
  • Lakukan penyelidikan sendiri. Minta doktor anda mengesyorkan pakar untuk keadaan ini, baca buku dan artikel yang ditulis oleh pakar lain, dan cuba hubungi ibu bapa lain yang mempunyai anak yang mengalami masalah yang sama.
  • Harus bersyukur. Ini sememangnya sukar dilakukan, tetapi anda perlu ingat bahawa dengan saringan perubatan dan teknologi rawatan terkini, bayi anda mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan dengan keadaan yang sama walaupun hanya 10 tahun lalu.

Sumber:
  • Prof Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dalam Pemeriksaan dan Ujian-ujian Antenatal, positive parenting

2 comments:

mamawana said...

As Salam

Nice sharing darling. Bleh berpesan2 pd adik2 and anak2 menantu nanti.

Lelaki Ini said...

tak sabarnye nk mngandung!
eh silap..
x sabar mau buat isteri mngndung!
ahaks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts