My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Wednesday, December 8, 2010

Pesara Jururawat mati dibunuh, polis tahan pembantu rumah

wahh...kejadian ni memang dekat sangat ngan kampung ibu ni....ape nak jadi manusia zaman sekarang ni...hmmm

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wanitamatidibunuh_polistahanpembanturumah/Article

2010/12/07

PASIR MAS: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 21 tahun bagi membantu siasatan dalam kejadian bunuh seorang wanita di Kampung Lubuk Tapah di sini petang ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC II Mazlan Lazim, berkata mayat Yeap Seok Pen, 60, ditemui mati dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah oleh anak lelaki wanita itu pada kira-kira jam 2 petang.
Katanya, mayat Yeap berlumuran darah di bahagian muka, dipercayai dibunuh antara 12 tengah hari hingga 1 petang tadi dan polis menahan pembantu rumah wanita itu, seorang rakyat Indonesia berumur 21 tahun, beberapa jam kemudian.

"Ketika kejadian Yeap hanya tinggal berdua dengan pembantu rumahnya itu dan sebelum kejadian jiran Yeap ada terdengar suara orang bergaduh," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, polis yang melancar gerakan memburu suspek menemui pembantu rumah itu sedang berjalan kaki di Simpang Empat, Jalan Tok Uban di sini pada 5.15 petang.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

Mayat warga emas itu kemudiannya dihantar ke Hospital Lati di sini untuk dibedah siasat.
Sepupu Yeap, Lew Beng Lai, 76, berkata wanita itu adalah seorang pesara jururawat pergigian dan tinggal di rumah berkenaan bersama tiga anaknya dan seorang menantu.

"Anak dan menantu dia bekerja di sebuah kedai jam di bandar Pasir Mas dan dia ada masalah kesihatan, dan setiap tengah hari anaknya akan bergilir balik untuk melihat Yeap yang menggunakan kerusi roda," katanya.

Seorang saksi, Che Noh Harun, 55, berkata dia melihat suspek berjalan kaki menghala keluar dari kampung itu dengan membawa beg galas dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira 12.30 tengah hari.

Katanya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian bunuh itu kira-kira tiga jam kemudian, selepas melihat ramai orang mengerumuni rumah Yeap. - BERNAMA

3 comments:

YUL said...

kejamnya, makin melampau la pembantu rumah skrg

ch@ said...

ngeri la part bunuh2 niii, haih!

Fieza said...

Risau la nak ambik amah Indon ni kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts