My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Tuesday, November 30, 2010

Dapat dah 1st assignment dari ChurpChurp !!!

okay....sebelum ibu cite lebih2, ibu nak mintak mane2 follower atau pembaca setia (errkkk...ade kewrrr???) yang sudi terjah blog ibu ni untuk add ibu atau dengan kata lain follow me at TWITTER...hikhik..!
lepas tu jangan risau, ibu pun akan follow kawan2 jugak kat sana...
my username @ibu_batrisya tau bukan @wardazri lagi dah...baru je tukar sat tadi..cam x glemer lak nama tu..sbb kebanyakan orang dah kenal ngan identiti ibu_batrisya so better guna id yang tu lah untuk twitter !


Okay...ni dia rupa first assignment yang ibu dapat dari churp churp....mudah-mudahan adela 'punca pendapatan' baru untuk ibu selain dari Nuffnang...bukan tamak kay, tapi duit ni dapat hanya perlukan usaha yg sket je, so buat pe tolak rezeki kan? kan? kann??!

apepun meh..meh...follow me at twitter !

Yes! Yes! My 1st Cek dari Nuffnang is on the way !!!

berbunga-bunga hati ibu hari ni bila check email kat yahoo, tetiba ade kat inbox pasal 'payment advice'....memang dah terdetik, ni mesti untuk Nuffnang..heheh...tp ade gak rasa kut2 la itu email SPAM je, nasib baik btul...hik...hik...

harap2 cek tu sampai awal bln 12 nanti....leh ibu shopping barang-barang untuk si kecik Batrisya tu....ape la ibu ni...orang lain semua simpan dalam akaun anak...ibu pi belanja laks...hahah...
xpela kan masing-masing punya hak nak wat pe ngan duit tu nanti..lagipun bukan ibu xde spare duit tiap2 bulan untuk simpanan die...

so....duit yg dapat hasil blogging ni ibu xnak kedekut sgt, nak wat belanja gak...sbbnya...ibu mmg suka shopping barang2 baby ni..syokkk...! hik..hik...

Monday, November 29, 2010

Aksi terlampau Batrisya Husna !

sebelum cite ni jadi basi so baik cepat2 ibu post dlm blog...kejadian berlaku di kampung ayah Batrisya seminggu yg lepas...masa raya haji...nak tau ape die...? layan gambar di bawah..hehehhe

muahahhaaa....bukan main lg tengok Batrisya dalam gambar ni...gaya cam pemain bola sepak terkenal je... walaupun actually die lum leh jln lg ni...

sekali lagi di buli ayah nya...
bende jaring putih atas kepala itu adalah sarung kepada bola tersebut..

die dah xperasan ade bende kat kepala...selalunye mesti gelepar nak cabut...
hehehhe....

gigih tul die main bola ni...suka betul ! hik hik...
layan jela...

Sunday, November 28, 2010

Makhluk halus yang mengganggu Bayi

minggu yang xberapa baik buat Batrisya kerana anak ibu tu mengalami selsema dan batuk...kali ni batuknya lebih teruk dari selesema...malam2 asyik sedar sbb batuk...kesian sgt...ubat dah bagi..xtau lg nak wat camne..

hmm..berbalik pada topik atas...orang melayu biasala takan lari dari kejadian macam ni (kaum lain pon ade kut?!)...mesti ramai yg dah ade pengalaman kan?
Alhamdulillah setakat ni Batrisya xpernah terkena gangguan makhluk tersebut...

just nak reveal sket2 je berdasarkan ape yg member ade cite...yg dah pegi berubat...rupa makhluk yg selalu ganggu anak-anak kecik a.k.a NEWBORN babies ni macam beruk@monyet, kecik & pendek je dalam paras lutut....berbulu mcm monyet tu la...hmmm wallahualam...
mintak jauh la walau camne pon rupanya...xsanggup den nak tgk..eeeiiiii...!!!
sesetengah juga berpendapat 'bende' ni ikut baby tu dari hospital lagi...memang die tunggu org bersalin ni...

sape2 ade anak yg selalu terkena sawan ke meracau/menangis malam2, cepat2 bawak g berubat kay...sian anak tu diganggu/ditegur makhluk tu...hmmm...

p/s: ade sape ade pengalaman pasal ni, blehla share ngan kengkawan ibu yg lain...! TQ!

Saturday, November 27, 2010

Connect to #CelcomBiz today and get the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 with a promo price!

untuk tahu dengan lebih lanjut, please click the link below!

Connect to #CelcomBiz today and get the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 with a promo price!

PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) kini di bursa saham !

hmmm...ape lak kene mengena ngan ibu ek..tetiba cakap pasal saham nih...
heheh just want to share..something about business @ investment...ibu memang minat bende2 macam ni...

memandangkan kerja dan juga kehidupan harian ibu memang ade kene mengena dengan PETRONAS ni, so xsalah ibu nak share pasal saham anak syarikat Petronas yang baru saja disenaraikan di bursa saham semalam...
tempias saham terbaru ni memang ade la kene sikit kat ibu...hmmm...harap di murahkan rezeki oleh Allah SWT...


Kaunter paling aktif semalam dengan 637 juta saham diurus niaga hari pertama

SAHAM PETRONAS Chemicals Group Bhd (PChem) melonjak sehingga RM5.72 seunit ketika memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia semalam, premium 52 sen atau 10 peratus berbanding harga rujukannya iaitu RM5.20 sesaham yang juga harga tawaran awam permulaan (IPO) kepada pelabur institusi.

Paras itu juga adalah 67 sen atau 13.3 peratus lebih tinggi berbanding harga IPO yang ditawarkan kepada pelabur runcit iaitu RM5.04 sesaham.

Kaunter anak syarikat kedua PETRONAS pada tahun ini yang disenaraikan di bursa itu, dibuka pada RM5.71 sesaham, naik 51 sen atau 8.9 peratus, sebelum melonjak ke paras tertinggi RM5.71 seunit sejurus selepas itu.
Bagaimanapun keadaan sentimen pasaran Asia yang kembali terjejas ekoran kebimbangan terbaru berhubung ketegangan politik di Korea pada tengah hari semalam menyaksikan kemunculan aktiviti pengambilan untung di kaunter berkenaan khususnya pada sesi dagangan petang.

PChem ditutup pada RM5.31 sesaham, naik 11 atau 2.12 peratus berbanding harga rujukan RM5.20 sesaham.

Sejumlah 637 juta saham bernilai RM3.52 bilion diurusniagakan pada hari pertama dagangannya, sekali gus menjadikannya sebagai kaunter paling aktif semalam, di sebalik situasi pasaran saham keseluruhan yang tidak menentu.

Mengulas perkembangan itu, Naib Presiden Eksekutif Kewangan PETRONAS, Datuk George Ratilal, berkata premium dicatatkan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi perniagaan unit petrokimia PETRONAS itu pada masa depan.
“Premium sekitar 10 peratus pada pembukaan adalah sesuatu yang memberangsangkan,” katanya pada majlis penyenaraian saham PChem di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PChem, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden yang juga Ketua Eksekutifnya, Datuk Tengku Mahamad Tengku Mahamut.

Sementara itu, Tengku Mahamad berkata, penyenaraian PCHem akan menambah dengan ketara permodalan pasaran Bursa Malaysia dan menjadikan PChem antara 10 syarikat dengan permodalan pasaran terbesar di bursa saham tempatan.

PCHem katanya, akan dimasukkan sebagai komponen utama indeks penanda aras utama pasaran saham tempatan, FBM KLCI Isnin ini.

“Kami satu-satu syarikat petrokimia yang disenaraikan di Bursa Malaysia, menawarkan peluang pelaburan kepada pelabur dari dalam dan luar negara,” katanya.

Friday, November 26, 2010

Anak-anakku Comel Bergaya Contest


due: 15/12/2010

kali ni nak join contest plak....bersempena pembukaan blogshop CANTIK ITU KAMU....
lame dah menyepi dari join contest...hmmm
ni dia gambar yg ibu pertaruhkan

~

~

~

~

~


Nur Batrisya Husna
18/10/2009 (13 bulan)

email: wardah_rosa@yahoo.com

saya mau tag:

Diperkosa perompak !

iskkkk........ibu tak tau nak cakap ape bila baca berita ni.....bangangnye certain manusia skang yg sanggup buat begini pada seorang ibu.....huhuh...semoga dapat balasan dengan segera...!

sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diperkosaperompak/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

...nevEr foR tHi$ sitE...: SNOW!!

hi guyss...(pergghh, tetiba speaking london..wakakka)
actually just nak share keseronokan adik ibu yang berada di New Castle skang...katanya salji dah mula turun...wooww..ibu lak excited..huhuh.. nak tau lebih lanjut??
klik bawah ni:-

...nevEr foR tHi$ sitE...: SNOW!!: "بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحَيْمِ 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang' Alhamdulillah.. hari ni first time dpat rasa..."

Thursday, November 25, 2010

Ady Putra Bakal Jadi Peguam Shah Rukh Khan!

wahhh....sape peminat ady putra...ibu suka gak tgk lakonan dia nih....hmmm jom baca cite kat bawah;


sumber: murai.com

KUALA LUMPUR, 24 NOV 2010: Jika ada yang beranggapan bahawa tajuk di atas ini adalah sekadar satu 'propaganda' semata-mata , anda mungkin patut memikirkannya untuk kesekian kali.

Ini kerana memang sahih Ady Putra akan menjadi peguam kepada bintang Bollywood, Dato Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem Don 2 yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

"Saya terima berita ini daripada pihak ejen di Malaysia kira-kira sebulan yang lalu. Mereka telah memaklumkan kepada saya bahawa saya telah terpilih untuk membintangi filem Don 2.

"Begitupun, apa yang saya diberitahu, pemilihannya memang tidak mudah kerana pihak ejen di sini perlu menghantar klip video lakonan kami kepada pihak produksi di sana (India). Merekalah yang buat pilihan siapa pelakon yang mereka mahukan.

"Alhamdulillah, dalam ramai-ramai saya adalah di antara mereka yang terpilih. Saya diberitahu selain saya, seorang lahi pelakon Malaysia iaitu Ridzuan Hashim turut terpilih sama," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Ady Putra lagi, dia sendiri masih kurang jelas mengapa dia dipilih serta menjadi pilihan pihak produksi filem Don 2.

"Tentu ada kriteria tertentu yang mereka inginkan dari saya. Tapi, terus-terang saya katakan, saya memang rasa tak sabar dan cukup excited bila memperolehi peluang yang seperti ini.

"Bukan saja dapat menjadi sebahagian daripada team produksi filem Don 2, tapi apa yang lebih penting lagi ialah bila dapat membintangi filem ini bersama Shah Rukh Khan. Jadi, peguam dia lagi.

"Setakat ini, saya masih belum memperolehi skrip dan saya pun tak tahu sama ada kemunculan saya di dalam filem ini nanti memerlukan skrip atau tidak kerana saya hanya akan terlibat dalam 2 scene saja.

"Tapi, kalau tiada dialog pun tidak apalah. Yang penting, saya masih dapat muncul dalam filem itu dan meraih pengalaman bekerja dengan produksi filem daripada Bollywood," katanya.

Jelas Ady Putra lagi, pihak ejen di Malaysia juga sudah meminta dia untuk mengunci tarikh 15 Februari hingga 16 Februari 2011 bagi dia menjayakan penggambaran 2 scene yang bakal dijayakannya dalam filem Don 2 nanti.

"Saya telah diminta untuk berbuat demikian daripada pihak ejen di Malaysia sejak seminggu yang lalu. Mereka juga beritahu kedua-dua scene itu akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka.

"Setakat ini, penggambaran filem Don 2 sudah pun dilakukan di Berlin. Selebihnyhnya, ia akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka serta di India sendiri," katanya.

Demi penglibatannya di dalam filem Don 2, Ady Putra juga sedang berusaha untuk menguruskan lagi badannya.

"Kalau boleh saya mahu mendapatkan bentuk rahang dan tulang pipi macam Shah Rukh Khan. Sama macam yang saya lihat dalam gambar saya bersama Shah Rukh dalam portal Murai tidak lama dulu," katanya mengakhiri perbualan.

Baby, Children & Parents Expo kat Midvalley esok !



uikkk....besok ni ekk start....
adus...napela aku jauh dari midvalley?
apakah? bagaimanakah??!

hmm...sape yg dekat tu singgah la yer...i jauh...xdpt pegi....urmmmm..sedihnye...
(xpelah, duit pon xabis)

Sah! Siti Nurhaliza Tarik Diri Dari Anugerah ABPBH


sumber : murai

KUALA LUMPUR, 24 NOV 2010:
Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang telah diadakan pada awal Julai yang lalu, penyanyi No.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dianjurkan saban tahun oleh akhbar Berita Harian.

Namun, Jabatan Pengarang Berita Harian dan Jawatankuasa Induk ahli ABPBH seolah-olah seperti agak keberatan untuk menerima permohonan tarik diri daripada penyanyi yang popular dengan lagu Cindai itu.

Begitupun, dalam sidang media ABPBH2010 yang telah berlangsung di Hotel Villa, Subang petang tadi, Siti Nurhaliza telah mengesahkan bahawa dia sememangnya akan tetap berpegang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada menyertai pertandingan yang berasaskan populariti hasil undian daripada pembaca setia akhbar Berita Harian tersebut.

"Bukan mudah bagi Siti untuk ambil keputusan ini. Tapi, Siti dah pun fikir masak-masak dan Siti pun sudah dapat restu daripada ramai pihak terutama sekali dari kalangan peminat Siti yang selama ini telah banyak menyokong kerjaya seni Siti.

"Alhamdulillah, mereka nampaknya faham apa yang Siti buat ni. Jadi, keputusan Siti untuk mengundurkan diri daripada menyertai ABPBH adalah muktamad. Kebetulan pada tahun ini pula nama Siti tidak dicalonkan kerana tiada sebarang produk. Jadi, ia memudahkan lagi hasrat Siti untuk berundur.

"Siti juga tidak menyesal dengan keputusan yang Siti buat ini. Sebab, Siti rasa, dah banyak pencapaian yang Siti terima daripada ABPBH. Sudah sampai masanya pula untuk Siti jadi pemerhati serta penyokong," katanya sewaktu diwawancara murai.com.my petang tadi.

setelah merayu-rayu dgn en.Nuff, dapat gak BE ke-18

akhirnya...setelah ku merayu-rayu dengan en.Nuffnang 2 hari lepas...maka die pun telah bermurah hati menghadiahkan satu Buffered earning yg baru kat blog ibu ni...BE yang ke-18..
lupa plak nak kira berapa yg jd meter..

hhmmm....18 BE minus 3 BE yg tengah running = 15 BE sudah jadi metered earning...

Alhamdulillah..kalu ade rezeki lagi, ingat nak cash out kali kedua mungkin sebulan dua lagi...
tgk tahap kesabaran ibu masa tu...hikhik...!!!

TERIMA KASIH NOKIA & NUFFNANG !

Gini gaya tido...camne la x jatuh katil..

mula-mula camni....

tetiba Batrisya bangun cam nak merangkak gitu...

pastu tetiba tido balik...aduss...
Batrisya wat ibu nebes je mlm2...uhuhuhu

Wednesday, November 24, 2010

Anak hamil dikelar menantu



JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.

Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.

Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.


“Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis,” katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

“Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

“Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus,” katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

“Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

“Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami,” katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

“Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan,” katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

sumber: mymetro

Bersihkan mulut selepas menyusu

ARYANA baru berusia tiga tahun, tetapi hampir keseluruhan gigi hadapannya sudah rosak dan berwarna hitam. Kadangkala apabila makan makanan manis, dia mengadu sakit gigi namun tiada apa yang boleh dilakukan doktor selain meminta Aryana mengurangkan makanan manis dan menunggu sehingga gigi kekalnya tumbuh apabila dia berusia lima tahun.

Masalah dilalui Aryana mungkin dilalui ramai kanak-kanak lain. Sebahagian kanak-kanak pada usia tiga tahun menghadapi masalah kerosakan gigi serta gigi reput yang disebabkan kurangnya penjagaan.


Menurut Pakar Perunding dan Pensyarah Kanan Pergigian Pediatrik, Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alida Mahyuddin, kerosakan gigi susu sering berlaku pada awal usia kanak-kanak disebabkan faktor pemakanan mereka.

Namun sekiranya ibu bapa mengawal jumlah pengambilan makanan manis, gigi susu berkenaan akan kekal cantik sehingga diganti gigi kekal.

Menurut Dr Alida, gigi susu ialah gigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia enam bulan ke atas dan akan diganti dengan gigi kekal bermula pada umur kanak-kanak lima hingga enam tahun.

Menjelang umur kanak-kanak tiga tahun, gigi susu akan lengkap tumbuh sepenuhnya, sebanyak 20 batang.

Bagi gigi kekal pula, menjelang umur kanak-kanak 13 tahun, jumlah gigi kekal adalah sebanyak 28 batang. Gigi geraham bongsu hanya akan tumbuh untuk sesetengah orang selepas umur 18 tahun.

Gigi susu mempunyai beberapa peranan yang penting. Antaranya membolehkan kanak-kanak mengunyah dengan baik (bagi memastikan kanak-kanak mendapat zat yang secukupnya untuk tumbesaran), terbabit dalam perkembangan pertuturan dan membantu gigi kekal tumbuh dengan lebih teratur.

Gigi yang sihat akan menjadikan kanak-kanak lebih berkeyakinan daripada segi mental, fizikal dan sosial.


Justeru, sangat penting bagi ibu bapa memastikan anak-anak mendapat penjagaan gigi sepenuhnya bermula ketika lahir iaitu sebelum gigi tumbuh.

"Setiap kali selepas bayi menyusu, bersihkan dalam mulut bayi menggunakan sapu tangan atau kain bersih yang lembap. Apabila gigi mulai tumbuh, gunakan berus gigi lembut khas untuk bayi," katanya.


Menurut Dr Alida, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kaedah memberus gigi yang betul sejak mereka tumbuh gigi yang pertama bagi membiasakan mereka dengan berus gigi.

Ketika mula tumbuh gigi sehingga umur lima tahun, ibu bapa perlu memberus gigi kanak-kanak. Selepas umur ini, kanak-kanak boleh cuba untuk melakukannya sendiri, tetapi hendaklah sentiasa dipantau ibu bapa supaya terjamin kebersihannya.

sumber: mymetro

p/s: Batrisya baru tumbuh 2 batang gigi.....ibu dah excited ni nak gosok gigi dia..kene jaga betul2 kan...

ranking blog *ibu_batrisya* kat ALEXA !



seronok gak wat bende alah ni...tgk ranking blog sendiri..huahuahua...
blog cap ayam cam ibu punya ni ranking ke-36000 +++ kat Malaysia !....huhuhuh....kalu keseluruhan , xyah cakapla....kalu pekse dapat 'D' nak dekat fail dah kut....
xpela....boleh la....lagipun ibu suka2 je ber blogging sambil kumpul duit kat Nuffnang....hehehhe

bende alah ALEXA ni ibu ternampak kat blog mama zharfan

Tuesday, November 23, 2010

ape bende "YES" ni ??



korang perasan tak sejak dua menjak ni asyik kuar iklan YES ni kat tv???
memang ibu xpaham iklan tu...iklan simple je, tunjuk muka individu, dari muka masam tetiba senyum...huhuh...kekadang nyampah pon ade tp rasenye itula motif iklan tu cam gitu kan....itula tarikan nye...lagi orang nak tau bende apekah itu...

ade sape tau? broadband 4G kah???! talian telefon baru kah? 018 ? bla....bla...bla...

gambar di atas sumbernya dari..."YES"

oh...buffered earning

sekarang ni hanya ade dua ketul ni je BE kat blog ibu....dahla tu lepas raya aji ari tu, unique visitor berkurangan dengan mendadak sekali....ibu plak sibuk...
hadiah contest ari tu pun lum pos lg...adehh..bnyk keje xsetel lg....harap bersabar ye pada pemenang contest ibu ari tu...dalam proses nak ngepos...

balik topik asal...ku pohon padamu Nuffnang agar dapat bagi ibu BE yang baru....tambah la 2 ke...3 ke lagi BE baru..hikhik.....nti ibu cuba upkan balik trafik blog ni...chaiyokkk!!!

Batrisya jatuh katil kali ke-2

semalam...buat kali keduanya....Batrisya jatuh katil lagi....
sian kat anak ibu ni....kebetulan ayah keje malam, tinggal berdua je...

ibu tgh sedap2 mimpi, masa tu terasa gak ade 'something' kat kaki...rupanya itu anak ibu...
sekali tetiba bunyi 'kelepap'!......disertai dengan tangisan....erkkk...terkejut giler ibu, terus bangun tgk ke bawah..anak ibu dah jatuh daaa.......

alalalalaa siannye die....mujur xde bengkak ke darah ke....risau gak...lepas tu terus bagi susu and die tido je cam biasa mcm xde pape berlaku...huhuhuhu

Monday, November 22, 2010

Batrisya semasa Aidiladha

ibu xsempat nak cite lebih2 nih...
heheh...raya haji kitorang satu famili cuti dari rabu sampaila ahad..
fuhh...nak muntah rase bila memikirkan ari ni isnin dah nak dtg keje..huhuhu...
xmo keje...xmo keje.....! tp mane lak nak dtg duit nak beli itu ini kan???

al kisah Batrisya time raya ari tu buat peel lagi....xnak g dukung atau duk ngan org lain...
kalu nak main mesti nak mak ayah die bertempek dekat ngan die..xpon main mainan sambil duk atas riba ibu...hohh...padahal raya pose ari tu ok je...nak je g ngan semua orang...
hmmm...apela anak ibu sorang nih...!

ok layan gambar Batrisya ngan satu-satunya sepupu die....ade sesuatu yg serupa..
heheh...ape die ek? cuba korang teka..hik..hik...(tp xde hadiah ni...heheh)





p/s: mereka dua ni sebenarnye sebaya...beza dlm 5 bulan je...Batrisya lebih muda...pendek dan kecik sket dari sepupu die...hehehe

Friday, November 19, 2010

Sedikit Pendarahan Antara Tanda Awal Kehamilan

sumber: ratuhati

Antara tanda kehamilan yang dialami oleh sesetengah wanita ialah sedikit pendarahan melalui vagina. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi (implantation), yang berlaku apabila telur yang telah dipersenyawakan melekat kepada dinding rahim - lebih kurang 10-14 hari selepas persenyawaan. Pendarahan ini biasanya berlaku lebih awal dengan warna darah yang lebih cerah dan kuantiti darah yang sedikit berbanding haid yang biasa dialami. Pendarahan ini biasanya tidak berlaku dalam jangkamasa yang lama seperti haid. Sesetengah wanita juga mengalami sakit seakan senggugut.

p/s : ramai yang xtau pasal ni terutama yang baru berkahwin dan baru nak ade cahaya mata yang pertama so ibu cuma nak share ape yang ibu pernah baca masa ngandungkan Batrisya dulu....dan perkara ni mmg berlaku juga pada ibu dulu cuma xdela kuar darah yg banyak pun...macam baru nak period tu...first2 tu mmg igt nak period, rupanya i pregnant ! hihi




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts