My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Friday, December 31, 2010

Batrisya dah boleh jalan...perkembangan baru sebelum masuk tahun baru!

**ini bukan entry nak jual kasut yer..hehheh

ni dah lama beli la.....tp skang baru padan...lum rasmi lg..

kasut baru beli ari ni...nak suh Batrisya pakai kat nursery..
xleh la yg mahal2..takut ilang so rembat je dekat Bata ngan giant hikhik...
err...semua kaler pink ek.....

okay...entry terakhir untuk tahun 2010 ! sebelum masuk tahun baru...

Alhamdulillah...ni ibu amik kira perkembangan die kat nursery la...
so khamis, mase amik die kat taska, pengasuh @ teacher Batrisya cakap yg die boleh jalan dah !!!
hehehee....gembira ibu dgr...pastu nampakla masa amik tu die jalan sendiri dtg kat ibu...
cuma still xberapa stabil lg la pergerakan die tu..yelah baru lg kan...sket2 nak jatuh ke depan...

tp...lain lak cite kalu kat rumah...mesti die malas nak jalan...mmg nak dukung je...maybe die takut ibu die ni tinggal die kut...hmmm...ape-ape jelah Batrisya...janji gembira hehhe..!!!

oklah...nanti nak cite aktiviti cuti new year plak..insyaAllah kalu xde halangan..esok lusa ibu stori mori..heheh..macamla i ni blogger glemer, ade ramai nak tau cite..uhukkk...!

Thursday, December 30, 2010

Berita baik dan...berita buruk !

**gambar di bawah hanya hiasan saja...

semasa boling tournament tempat ibu keje...
ceria tak baju kami...colorful!

ramai aunties duk 'usha' Batrisya nih...
muka die pun dah cuak semacam dah bila acik Siti dukung tuh...
tangan siap genggam mcm get redi nak lari je...ahakss..!


okay.....dah start nangis....terpaksa ibu dukung la pastu!

hahhaha...berita baiknya ialah company tmpt keje ni dah isytihar esok cuti gak kay !...so cuti sampai ahad la ibu...heheeee ~~~ sukaaaa.............:D :D :D
pastu satu lg, gaji pun dah masuk ! :D :thumbsup:

and yg xbestnye...walaupun ibu cuti lama...tp.....ayah plak kene keje...eeeeeeeiiiiiii.....:banghead:
berkulat la kepala otak ibu esok lusa....tepu x pegi jalan mane2....adehh...adeh! sabo jelah...:banghead: :shrug: :shrug:

Tahniah buat Malaysia ~ Khairul Fahmi Che Mat, memang terserlah kecekapannya !

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Sejarahtercipta1/Article

MALAYSIA mengesahkan status sebagai ‘Raja Asia Tenggara’ apabila dinobatkan juara baru Piala Suzuki AFF edisi kelapan apabila menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejayaan ini membolehkan Malaysia mencipta sejarah meraih kejuaraan kali pertama Piala AFF Suzuki sepanjang 14 tahun kejohanan ini mula dilangsungkan serta menjadi pasukan keempat bergelar juara selepas Thailand, Singapura dan Vietnam.

Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu.


Separuh masa pertama memang mendebarkan untuk jutaan rakyat Malaysia apabila Indonesia yang turun untuk mencari jaringan besar melancarkan serangan sejak minit pertama perlawanan lagi dengan sokongan kira-kira 200,000 penyokong di luar dan di dalam stadium.

Gandingan Cristian Gonzales dan Irfan Haarys Bachdim nyata menggugat apabila gandingan dua ''pemain asing' itu kerap kali menguji gawang Malaysia yang dikawal rapi Khairul Fahmi Che Mat.

Serangan bertali arus Indonesia itu akhirnya membuahkan hasil dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Australia, Peter Daniel Green selepas pemain pertahanan kanan, Mohd Sabre Mat Abu tersentuh bola di dalam kotak penalti.
Namun kecemerlangan Khairul Fahmi menafikan gol apabila menangkap kemas sepakan kapten Indonesia, Firman Utina.

Malah penjaga gol dari Kelantan itu berjaya menggagalkan beberapa percubaan lawan di separuh masa kedua walaupun 'diserang dengan laser' oleh penyokong Indonesia ketika bersedia untuk menghadapi sepakan sudut dan percuma pada 10 minit pertama.

Malaysia, turun dengan jersi biru dan berseluar hitam bagaimanapun berjaya bertahan sepanjang 45 minit pertama walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai lawan yang tidak mengenal erti putus asa menyerang Malaysia dengan sekurang-kurang 10 percubaan berbahaya dilancarkan ke kubu negara.

Ia bagaimanapun dinafikan dengan kecekapan Khairul Fahmi serta persefahaman yang tinggi dikalangan pemain pertahanan yang diketuai oleh dua pemain muda, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fadhli Shas.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Alfred Riedl terus mengasak namun usaha mereka itu memakan diri apabila melalui satu serangan balas Malaysia menjaringkan gol melalui rembatan kencang Mohd Safee Sali pada minit ke-53 untuk gol kelimanya pada kejohanan ini untuk menceriakan kira-kira 500 penyokong Harimau Malaya yang hadir di Jakarta.

Gol itu juga mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol meninggalkan ayam tambatan Indonesia Gonzales yang hanya mampu menjaringkan tiga gol.

Semakin terdesak untuk menjaringkan gol, Indonesia melakukan dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan pemain berdarah kacukan Indonesia-Belanda, Irfan Haarys Bachdim dengan memasukkan bekas penyerang Selangor, Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani yang menggantikan kapten pasukan, Firman Utina.

Ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal bertindak balas dengan segera apabila mengeluarkan pemain tengah, Amar Rohidan untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Mohd Razman Roslan. untuk menambahkan kesukaran Sang Garuda yang perlu mencari sekurang-kurangnya lima gol.

Namun usaha tidak mengenal putus asa akhirnya membuahkan hasil apabila percubaan pemain pertahanan, Mohammad Nasuha pada minit ke-71 menewaskan Khairul Fahmi untuk menggamatkan stadium. dengan sorakan penyokong Sang Garuda serta letusan bom asap.

Muhammad Ridwan menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-87 untuk keputusan 2-1 itu dan kekal sehingga wisel penamat ditiup bagi menobatkan Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki 2010.

Esok cuti umum ??! Apakah ibu pun cuti ?



"PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki di Jakarta, malam tadi."


apakah company ibu pon cuti besok...kalu nak tau...ibu punya tempat keje ni agak pelik sket !
time orang cuti umum, die bleh suh kite keje cam biasa....masa ni lah masalah akan timbul bila taska tutup...abis tu nak letak anak-anak kat ne? maka terpaksalah ibu atau ayah amik cuti (atau kadang2 amik MC)
hmmm...gini ler nasib makan gaji...bile la agaknye nak ade bisnes sdiri nih...!!!

Wednesday, December 29, 2010

Hampehhh !!!

:banghead:

Hampeh! hampeh ! dahler internet kat opis ni pon cam hampeh...eeeii lembap !

adehhh.....macam yg selalu blogger lain cakap....mood nak berblogging ke laut !
inilah yg ku rasa skang....nak update blog malas....pastu nak wat keje pun malas...ape nak jadi nih!?? dah la nak masuk tahun baru ni...nak blogwalking pon malas...tp bezanya skang ibu rajin sket komen kat entry org...hikhik..:P

hmmm...kene pegi jalan2 lagi ni...amik udara segar, release tension...
saat-saat mcm ni rase nak cepat balik umah..nak main2 ngan anak..hanya die je pengubat hati ibu yg lara ni....

penah x korang rasa lost ke...bosan dgn ape yg korang buat???ermmmphh....cite lebih kang org cakap aku ni xbetul lak..ahahah...tp tensen! tensen!
nak balik! nak balik! xnak buat keje! :argh: :argh: :argh:
nak tunggu tahun baru, azam baru....baru nak wat keje..errrkkkk boleh gitu??? /:) :)">

Pressure Vessel - Ape tu???!

xtau nak story ape ari ni..cuma ibu teringat ade amik picture vessel yg merupakan projek yg ibu tgh buat skang nih! hah..xreti nak cite camni...tgk ajela gambo nih..

^

^

^


dalam fabrication yard

xsabar nak delivered bende alah ni...selagi x anta mmg akan menyusahkan hidup..errkk..
hopefully xde problem la..!

Tuesday, December 28, 2010

~Aktiviti Batrisya di hari Raya Krismas ke-2.. 2010~

suka tengok gelagat Batrisya sepanjang weekend lepas....nampaknye anak ibu dah pulih..dah sembuh dari demam yang panjang ari tu...die dah mula selera makan dan yg penting kembali AKTIF !!! mulut duk pok pek pok pek bercakap ntah ape...heheh..seronok sgt..lagi bila tgk die makan banyak...hmm makan lg...biar berisi balik badan tu...

balik pada cite cuti krismas...so Ahad plak kitorang gi jalan ke Pantai Telok Chempedak...nak bagi die rase pasir dan dgr serta kenal bunyi pantai...

on the way....

Batrisya suka sgt duk kat stereng kete...siap mulut pon muncung2 mcm tgh bawak kete..!

dah sampai....ibu beli kincir angin mainan..bukan main seronok lg die tgk bende tu pusing..

ibu dan Batrisya...
macam cover magazine lak...keh keh..!

buah hati...permata hati ibu yg satu kat dunia ni...!

Batrisya lapar dan dahaga...
isap susu kene silang kaki okayyy!

penat agaknye main pantai..hehe
bukan die nak sgt pon main, bila ibu letak dlm air, die angkat kaki die...
first time ni geli kut ngan pasir pastu terkejut tiba2 ombak dtg..siap nangis2 lg pegang kaki ibu..huhuhuu....~

ni plak waktu petang lps balik dari TC...
'galok' sangat main kejar-kejar ngan ibu....nak tido sket punya susah skang !

Monday, December 27, 2010

~Aktiviti Batrisya di hari Krismas 2010~

krismas xpegi jauh pun....belah pagi g jalan2 dalam East Coast Mall je....window shopping saje...berjaya untuk xbeli pape..hikhik...

pastu ntah buang tebiat sket ayah Batrisya, tetiba ajak makan aiskrim Baskin robbin !
oleh kerana ibu ni memang peminat ais krim, maka...pucuk dicita, ulam mendatang la....hahahah
ini mau 2 tahun sekali baru makan..mahal giler...dahle manis...pas ni x pegi beli dah..hikhik..!

si kecik ni sibuk la..tgk org makan, die pon nak jugak !

eksited tunggu ayah suap...

malu-malu kucing laks....hehehee

merenung masa depan yg gemilang !

Berjaya kumpul & redeem points Huggies !

beberapa ari lepas cite pasal kumpul point untuk susu Wyeth...
ni pasal point untuk HUGGIES plak..hehhe

ok...ni la dia point2 yang dah berjaya ibu kumpul...
kebanyakan dari Huggies dry...diapers yg Batrisya pakai untuk kegunaan harian!
malam lak Batrisya pakai MamyPoko...sebab pada ibu lebih lembut dan tahan lama..!

ni plak contoh borang..
untuk skang ni bleh redeem play tent..
so...ibu amik yang macam gajah tu...
harap2 masih ade stok ler..


Friday, December 24, 2010

Batrisya dan Tragedi Disember 2009...peringatan untuk semua..

kejadian ini berlaku setahun yg lalu...kalu xsilap 21 disember 2009...ini merupakan antara pengalaman paling PAHIT pernah ibu lalui sepanjang ibu hidup ni lah...
bukan niat nak mengungkit kisah lama yang sedih..tp ibu rase bagus jugak sebagai pengajaran dan teladan buat ibu-ibu serta kawan2 di luar sana...

peristiwa yg ibu xberapa suka nak ingat ni terjadi masa ibu baru je lepas pantang....dekat jengka, umah mertua..

ari tu on d way nak pi cucuk Batrisya yang ke-2 bulan. so pegi klinik desa, tp xde orang..pastu decide nak terus cucuk kat hospital bandar pusat jengka...kat situ nurse ckp xleh wat kat situ, kene g klinik desa gak..jadi kami patah balik...hmmm...

masa patah balik tu lah, kami yg masa tu kat lane belah kanan, bawak kete mcm biasa,
tetiba kete yg duk lane belah kiri (jauh kat depan kami) ni bleh plak wat u-turn kat simpang tiga jalan tu...ape lagi, kami yg tgh straight ni, langgar je la kete die...

masa tu tuhan jela tau perasaan ibu...mujur ibu dan Batrisya duduk kat seat belakang, Batrisya dalam car seater..tp...yg ralatnye bila...ibu xketatkan safety belt kat car seater tu...jd Batrisya telah terpelanting jatuh ntah camne ke bawah seat tmpt duduk depan...
xdpt bayangkan kalu masa tu kami berdua duk kat depan camne...sebab air bag pecah...impak mmg sgt kuat ms tu..hmmm..

ibu nangis je setiap kali tgk Batrisya lps eksiden,
mane taknya, cara die menangis masa tu lain sgt...tersedu-sedu pastu tersekat-sekat...takut sgt...tuhan je yg tau...=((

syukur Alhamdulillah...doktor sahkan Batrisya xde pape...xde kesan lebam kat kepala mahupun pendarahan...ade org ckp, biasanya bayi ni malaikat akan bantu dan sambut....syukur sgt Allah panjangkan umur kami sekeluarga...kalu tak, mungkin blog ini takkan wujud pun..terkubur skali...apepun kesan lebam akibat eksiden tu still ade lg kat ibu ni...

bawah ni beberapa gambar masa kejadian...

semasa kejadian..viva dan wira...


rupa kete viva ku yg comel telah jadi begini rupa..



air bag pon pecah...stereng patah!

kereta ni memang total lost ok...

khabarnye..budak yg drive ni xde lesen pon...budak student uitm...pinjam kete mak...
report pon buat atas nama mak untuk claim insurans diorang...hmmm...walaupun kite dah berhati-hati, org lain lak buat hal...(budak yg drive tu je cedera sket, darah kat kepala)

p/s: teladan untuk semua, pakai seat belt....jgn letak car seater anda kat tmpt duduk ade airbag ! then...jgn lupa ketatkan safety belt anak anda....penting sgt !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts