My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Tuesday, January 4, 2011

Bangunan Bank Rakyat Runtuh !!!



KUALA LUMPUR, 4 Jan — Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera apabila terjatuh dari paras kira-kira 30 meter setelah lantai konkrit Bangunan Bank Rakyat yang sedang dalam pembinaan di Jalan Ang Seng, Brickfields, di sini, runtuh malam tadi.

Insiden kira-kira 10 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa sedang bekerja untuk menyiapkan struktur lantai itu yang dipercayai tidak kukuh hingga mengakibatkan kemalangan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata ketiga-tiga mangsa yang identiti masih belum dikenal pasti dianggarkan berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 30 tahun.

Dua mangsa yang cedera ialah seorang warga Indonesia dan seorang lagi Bangladesh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala yang cedera itu turut dirawat di hospital yang sama.

Azizan berkata ketika kejadian seramai 13 pekerja warga asing sedang menyiapkan kerja-kerja menurap lantai konkrit di paras itu.

“Ketiga-tiga mereka (yang maut dan cedera) terjatuh ke bawah manakala 10 yang lain sempat berpaut pada kerangka bangunan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira 11.45 malam setelah tiada lagi mangsa yang didapati terperangkap, katanya. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts