My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Monday, January 3, 2011

Larangan penggunaan TEH timbang !


hehehh..tetiba nak share berita ni....bukan ape...pasal ibu adalah penggemar dan peminum setia teh tau...
kebiasaannya setiap hari mesti nak pekena teh jugak..bukan teh O tp... TEH SUSU...xkirala teh tarik atau teh ais..hmmm...sedapnye...hihihi...

bila timbul isu ni...terpikir gak, mungkin ibu pernah terminum teh timbang ni..yela ...mane nak tau kan...teh ape diorang pakai kat kedai yang ibu singgah2 tu...hmmm.....jauhkanla ku dari sebarang penyakit mudarat !

sumber:

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang mempunyai 1,600 ahli sudah telah lama mengeluarkan arahan kepada ahli persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada pelanggan terutamanya teh tarik.

Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed, berkata pihak persatuan dengan kerjsama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut.
"Pengusaha restoran mamk yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk risiko penyakit kanser.

Setakat ini, Noorul Hassan, berkata belum ada laporan yang mengaitkan ahli persatuan itu dengan penggunaan teh tersebut.

Justeru, beliau menasihati semua pengusaha restoran supaya tidak menggunakan teh itu demi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, pengurus cawangan Nasi Kandar Pelita Ampang, Hassan Mohiddeen berkata pihaknya tidak pernah menggunakan teh timbang atau sebarang bahan lain yang mengandungi pewarna yang tidak dibenarkan.
"Kami sentiasa mengikut panduan yang telah diberikan pihak atasan untuk menjaga kualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

"Pelita memiliki banyak cawangan di seluruh negara dan kami tidak boleh sewenang-wenangnya melanggarnya demi kebaikan pelanggan," katanya ketika ditemui.

Teh timbang atau teh sukat mengandungi bahan pewarna sintetik yang boleh memudaratkan kesihatan dan oleh kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama teh yang lain segelintir pengusaha restoran menggunakannya.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melarang serbuk teh ditambah bahan pewarna dan sesiapa yang sabit kesalahan menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. - BERNAMA

2 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

yup pagi tadi ada dengar kat radio pasal benda ni...sekarang ni macam2 kan

Lelaki Ini said...

betul2!
sy pun dh baca srtkhabar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts