My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Thursday, January 27, 2011

Super Double BusY !!!....tepek gambar je la..





fuhhh...saya skang super duper busyyyy....lama xjengah blog..rinduuuu...tp apakan daya , ade bende lain yg harus di pentingkan dulu....layanlah gambar2 di atas........
lagi dari CANON 50D!!!

Thursday, January 20, 2011

CANON EOS 50D : hasil pertama 'photoshoot' saya....

ahahha...bunyi cam banyak je nak tepek gambar...apepun ibu tunjuk yg the best je la..xsempat ni nak update blog...dpt upload ni pun cukup bagus dah !
lg pun kat opis diorang dah blog facebook, twitter dan blogspot skali!....berita online pon dah xleh bukak..
tp ibu ade cara lain utk bukak...kira illegal gak la..hahah xleh bagi tau camne, nanti kantoi!
ok..layan gambar yg di snap guna CANON EOS 50D ku yang baru!!!

ayah lak yang beria-ia...

gandingan 'ayah dan anak perempuan' =D

geli kat pokok

Tengokler tu perut die....

this is the picture i like MOST !!!

Lokasi : NOMAD SUCASA, KL

Tuesday, January 18, 2011

.:Batrisya : 1 tahun 3 bulan:.

Alhamdulillah....Allah panjangkan usia ibu untuk melihat perkembangan Batrisya sehingga hari ini !

Hari ni 18 Januari 2011...Batrisya dah pun 1 tahun 3 bulan...hehehhe

Kebolehan Batrisya setakat ini :

- Boleh KAKI BERJALAN pada usia 1 tahun 2 bulan 12 hari !

- Dapat memahami arahan yang simple mcm; tutup pintu, ambil barang, simpan barang, makan

- Bila suruh salam, dia akan salam tp lps salam lari cepat2 takut orang ambik die..huhuhu

- Senang dah sket kalu nak bagi makan ubat.

- Suka sgt tiru memek muka orang !

- Dah pandai meronta nak turun dari dukung kalu kat shooping mall...pastu nak jln sendiri kutip2 barang yg menarik pada pandangan die...

- Kalu dah pegang makanan jgn harap die nak bagi balik kalu mintak!

- Dah boleh sebut ‘na nak’ , maksudnye ‘tak nak’....sebelum ni asyik sebut NAK! NAK! Je...

hheheh....oklah..jom layan gambar anak kesayangan ibu ni laks...!


hahhh???

masa ni ibu panggil x hirau, xtoleh pon..
ade la 2-3 puluh kali duk panggil huhuh..

susah nak amik gambar die skang...
xnak pandang kamera langsung...!

Pelajar Meninggal Dunia Akibat Keracunan Gas Pemanas Air

terbaca kat status my sis kat facebook..al-fatihah buat arwah....

sumber : http://iskandariah.perubatan.org/v1/pelajar-meninggal-dunia-akibat-keracunan-gas-pemanas-air

Iskandariah,17 Jan : Seorang pelajar akhawat, Nurul Iman binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Arwah yang berasal dari Kelantan pada mulanya ditemui berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 9.15 pagi di dalam bilik air oleh 2 orang ikhwah yang mendapat panggilan kecemasan daripada ahli rumah beliau.

Anak ke 2 daripada 10 adik-beradik ini dipercayai telah masuk ke bilik air pada jam 8.00 pagi. Selepas lebih satu jam tidak keluar, ahli rumah mengesyaki sesuatu berlaku kerana tiada sahutan apabila pintu bilik air diketuk, dan kemudiannya mereka menghubungi ikhwah yang berada berdekatan. Ikhwah yang tiba ditempat kejadian lantas membawa mangsa ke Hospital Salamah apabila melihat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan mereka mengesyaki kemungkinan mangsa mengalami keracunan gas yang berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air selepas terbau gas semasa berada dalam bilik air tersebut.

Kira-kira jam 9.45 pagi, mereka tiba di Hospital Salamah dan membawa mangsa untuk dirawat di wad kecemasan. Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta pegawai tiba di hospital kira-kira 5 minit kemudian selepas dihubungi oleh ikhwah terbabit. Jam 10.15pagi, doktor yang merawat mangsa telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas (Carbon Monoxide Poisoning). Atase Pendidikan(Khas) JPMK Iskandariah, Ustazah Zakiah binti Zaidon tiba bersama Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Abdul Rahim Suhaini kira-kira jam 11.15 pagi selepas mendapat makluman.Mereka kini sedang menguruskan proses untuk mengeluarkan jenazah daripada hospital.

Arwah merupakan pelajar tahun 3 jurusan perubatan yang kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester berbaki 7 kertas daripada 10 dimana kertas ke-4 akan diduduki pada esok hari. Sehingga saat berita ini ditulis jenazah masih berada di hospital dan menunggu urusan untuk dikeluarkan.

Semua warga PERUBATAN Iskandariah dijemput bersama-sama ke Asrama MARA selepas maghrib hari ini untuk Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil (solat jenazah tidak dapat dijalankan lagi kerana jenazah masih ditahan untuk bedah siasat).

Al-fatihah untuk arwah,semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.

Monday, January 17, 2011

Weekend kami di SOGO SALE...sape pegi jugak???

Korang gi mane minggu lepas ??! pegi jalan2 tak?

Macam ibu ni, company cuti sabtu kedue je, sabtu lain kene keje tau....kebetulan minggu lps sabtu minggu ketiga, ganti cuti sabtu minggu kedua yg kene keje ari tu pasal konon2nye ade menteri nak dtg visit tp alih2 diorang cancel...

Weekend lepas kami ambil peluang untuk pergi ke KL. Tujuan sebenar nak bawak my MIL pegi beli langsir kat NAGOYA jalan TAR... pergi hari sabtu pagi, stay kat hotel Nomad Sucasa. Maklumlah sini bilik besar, bleh sumbat ramai2 walaupun booking bilik utk 2 orang je..hikhik...family mmg sesuai sgt duk sini...ingat nanti nak bawak ibu punya famili lak duk sini..tp xtau la bile..tahun ni semua sibuk persiapan kenduri kawin....hmm...

So Sabtu petang tu kami ke SOGO...tgh ade SALE untuk member shj..

Tapi korang nak tau tak, walaupun tgh SALE giler2 kat situ, tp ibu berjaya menahan nafsu drpd membeli ape2 tau..haaaah hebat tak??? Duk tengok je org lain pilih2 barang..pastu ibu Cuma gi nyibuk2 je nak tgk brg ape....tp xbeli sbb rimas, terlampau ramai org pastu ayah lak kat tmpt lain so ibu je senget2 duk dukung si Batrisya...camno nak beli pilih barang kan???

Lagipun ni kan azam tahun baru...BERJIMAT CERMAT & mengawal ekonomi keluarga! Hik hik !

Hmmm..kat SOGO tu ibu duk lame kat bahagian feveret la...mane lg kalu bukan bahagian baby!

Ade sape yg pegi kat situ jugak ari tu??!

Sampai2 je kat bhgn TOYS tu ibu letak Batrisya kat bwh, suh jln sendiri...layan gambar okay!......


yang patung teddy bear hijau tu die x nak letak balik okay..

tgh cari ape lg barang menarik nak kutip..

asal jumpa ape2 kat laluan die, die nak kutip semua...

dah dapat kutip yg baru, yg lame die tinggalkan...

p/s: nanti nak tepek gambar hasil keje menggunakan CANON 50D.....

Friday, January 14, 2011

1st WISHLIST 2011 termakbul ~ Dapat 'baby' baru !!!

Alhamdulillah....

Dengan rezeki yg xputus-putus Allah bagi buat ibu sekeluarga...

Syukur yang amat!

Hehheehe....lagi pulak bila kami dah dapat salah satu WISHLIST untuk tahun 2011 ni !

Yahhuuuuuu..........jgn jeles ye ...hehhe..

Eh...ibu bukan pegnen tau...! baby baru yg ibu maksudkan tu adalah....haaa..tgk gambar kat bawah ni..baru korang tau ape bende...

ini dia..


^


^


^


^


^


CANON EOS 50D !!!




amacam cun tak??!
skang guna lens 18-135mm dulu..
dah ade duit lg, blehla topup lense lain lak!

Pakej datang bersama bag pack ini !

ibu dah xsabar nak 'outing' wat photoshoot cam orang lain gak...
tp.....actually kitorang baru je nak blaja2...permulaan ni maybe just guna setting 'auto' aje lah...karang xmenjadi lak gambonye..uhuhuh..

ke ade sape2 sudi nak 'TUNJUK AJAR KU SIFU' !?

ingat nak mintak tunjuk ajar SUZIEY
"Apa yg saya leh buat dengan lense 18-135mm ni, nak setting utk indoor? outdoor? or ajar basic pun xpe, mcm maksud term ISO, USM, IS n etc...?"

P/S: insyaAllah esok nak pi KL bawak mertua gi beli barang kahwin adik ipar ibu..
so blehla...snap2 gambar byk2 kat KL yahhuuuu..!

Thursday, January 13, 2011

Kulit muka Batrisya naik bintik merah2 - nak guna krim ape ye???

Semalam Batrisya demam, ibu terus bawak die balik dlm kul 3.00pm, kuar awal dr opis....
terus bawak pegi homeopati...Alhamdulillah, nasib baik dah kebah pon pagi td...

ade lg satu masalah lain yg xreda2....dlm 3-4 hari sebelum ni muka die naik bintik2 merah, pastu ibu ade letak krim...esoknya terus jd lg teruk..adusss...sian lak...
skang dah jadi makin merah...ibu nak beli krim organik mcm brand BUDS tu tp xtau la ok ke tak..ade sape2 penah guna? or ade cadangan lain ?

for info, Batrisya ade gak tanda2 cam kat bawah ni...
adakah die EKZEMA??? tapi xnampak lak die tergaru-garu, maksudnye bende tu xgatal..

TANDA- TANDA EKZEMA:

Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.

Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:

* Mengelupas - ada

* Bersisik -ada

* Kemerah-merahan- ada

* Kulit yang kering - ada

* Penebalan kulit

* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

huhuhu....xcantikla amik gambar nanti..muka merah2...!

Aman Shah ditangkap khalwat

PUTRAJAYA: “Saya mohon maaf pada Allah dan mahkamah, saya betul-betul menyesal dan bertekad tidak akan melakukan kesalahan sama. Pada hari kejadian, saya ada masalah dan tidak boleh berfikir panjang,” demikian rayuan penyanyi dan pelakon era 80-an, Aman Shah selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan janda beranak dua di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Aman Shah atau nama sebenar Aman Shah Abu Kassim, 57, dituduh melakukan kesalahan itu bersama pasangannya, Rohana Awang, 33, di kuarters kerajaan Presint 15 pada jam 12.15 tengah malam, 26 November 2010.

Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 (a)& (b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, Hakim Mohd Zaky Mohammad menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 atau penjara tiga bulan terhadap pasangan itu apabila kedua-duanya mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa.

Pendakwaan dibuat Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Hafiz Idris.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Adikku Pandai Menari itu dalam rayuannya memohon supaya mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya.

“Saya mohon kepada Yang Arif, kalau boleh jangan dipenjarakan kerana saya terpaksa menunaikan tanggungjawab yang masih berlangsung. Saya mohon maaf dan amat kesal,” katanya sambil menundukkan mukanya.

Rohana dalam rayuan pula memohon mahkamah tidak mengenakan denda yang tinggi kerana memelihara dua anak, selain menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar.

Aman Shah yang memakai baju kemeja-T berwarna putih, berseluar hitam dan berjaket tiba di mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi ditemani seorang dipercayai rakan, manakala pasangannya yang memakai kebaya berwarna jingga kecoklatan tiba ke mahkamah kira-kira 11 pagi, seorang diri.

Sementara itu, cubaan wartawan untuk menemubual Aman Shah selepas perbicaraan gagal apabila dia enggan memberi sebarang komen dan hanya berkata:
“Reporter (wartawan) tak boleh ampun dosa saya, hanya Allah saja”.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohd Zaky berkata, mereka hanya membuka pintu selepas 23 minit diketuk dan kejadian berlaku pada 12.15 tengah malam, sekali gus boleh menimbulkan syak berlebihan berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam kediaman berkenaan.

Katanya, setiap individu itu juga perlu menjaga akhlak dan moral masing-masing supaya tidak mengaibkan profesion masing-masing.

“Tertuduh pertama seorang yang amat dikenali, jadi menarik perhatian semua orang. Saya harap walau apa pun profesionnya, setiap orang yang ada dalam profesion itu perlu menjaga akhlak dan moral masing-masing dari aib supaya tidak menjadi satu profesion yang diragukan.

“Selain itu, saya bersetuju dengan pihak pendakwa syarie bahawa tertuduh sudah berada di hujung usia dan bila-bila masa boleh dijemput Allah. Jadi, muhasabah diri dan taubat nasuha.

“Tertuduh kedua pula tinggal di Pekan, Pahang, dekat dengan istana dan kawasan yang ramai orang agama. Jadi insaflah, kedua-duanya sudah berkahwin dan ada anak. Keinsafan itu perlu dizahirkan,” katanya.

Selain itu, pihak pendakwa dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat memandangkan artis berkenaan sudah berusia 57 tahun dan dianggap terlebih matang dan boleh menilai sendiri yang mana baik dan yang mana buruk.

“Malah, pada umur yang agak lanjut atau hujung usia itu saat kematian makin menghampiri. Bila-bila masa saja, kita boleh dipanggil Allah. Kalau penat pun, pada jam 12.15 malam tidurlah di rumah sendiri dengan isteri sendiri, bukannya di rumah perempuan lain yang langsung tidak ada ikatan dengan kita dan boleh menimbulkan syak wasangka jiran-jiran.

“Kedua-duanya, sudah berkahwin dan pernah berkahwin. Kalau tertuduh perempuan kata mohon denda dikurangkan kerana nak menyara anak dan adik yang belajar, saya rasa dia bukan satu contoh teladan yang baik kepada anak dan sebagai seorang kakak,” katanya.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan pemeriksaan hasil aduan awam mengenai kes khalwat di rumah yang terletak di Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, Putrajaya.

Sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 11.30 malam, pasukan itu membuat pemantuan sebelum ternampak kelibat dua pasang kaki. Kemudian, ketua operasi mengarahkan anggotanya mengetuk pintu, bagaimana pun pintu dibuka selepas 23 minit diketuk.

Pintu dibuka jam 12.15 oleh seorang lelaki baju-T hitam berkolar dan berseluar biru, kemudian pihak penguatkuasa meminta kebenaran untuk masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.

Ketika itu terdapat seorang wanita Islam duduk di kerusi meja makan dengan memakai baju-T dan seluar berwarna merah serta bertudung hitam dikenali sebagai Rohana Awang.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MohonmaafpadaAllah/Article/index_html

Tuesday, January 11, 2011

Budak 3 tahun mati kene dera ibu tiri !!!

ape nak jadi?? dah la comel budak tu....siannyerr...........sanggup mereka buat kanak2 yg xtau pape mcm tu...
ape kate dera balik ibu tiri yg mendera tu, sakit ke tak??!....gilerrr agaknye!!!



JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.


Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.


“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Monday, January 10, 2011

Nak update pasal ape?? + attention to pemenang no.1,2&3 "Baby Raya Baby Bergaya Contest"!!!

sejak due menjak ni...macam dah xtau nak update ape kat blog ni...blank lak...

kadang2 bile dah ade masa, langsung xde idea...nak tgk blog pon malas...ahahhaa
sampai camtu sekali...xde mood la...nape pon xtau...
mungkin ni disebabkan masalah keje..yg dah selesai satu, timbul lak masalah yg lain...xsudah-sudah...selagi kite pegang projek , mmg akan ade je problemas....

apepun ibu mcm nak beli sesuatu dalam masa terdekat ni..hehhe..tungguuuu....nti ibu update! ibu sendiri dah xsabar...!
selain tu, xsabar jugak nak tunggu tahun baru cina..hmm bukan nak raya jugak, tp nak balik kampung coz my sis is getting married !!! uihhh...xsabarnye.........nak pakaikan Batrisya lawa2..hehheee...harap2 masa tu die dah dgr ckp n xnakal...(tp ibu dah terbayang-bayang die duk tarik2 n kaco brg2 kat pelamin nanti...adussss...harap2 ianya mimpi saja..)

satu lagi..teringin juga nak wat contest or giveaway dalam masa terdekat nih..cumaa....takut xde masa nak manage je...hmm..camne ek..tp kalu wat ade ke yg nak join????

diri sendiri pun nak gak join contest montest yg sedang berjalan di blog-blog anda semua tp ibu xe masa nak wat entry daa....
anyway terima kasih byk pada yg sudi TAG ibu tu ye...bukan xhargai atau menyombong tau !

then..last but not least, pesanan kpd pemenang tempat 1 hingga ke-3 "Baby Raya Baby Bergaya Contest", nanti maisyz collection akan poskan hadiah anda tau ! sori sgt2 coz we all lambat sket proses hadiah..harap xkan berulang lg...

Sunday, January 9, 2011

Jangan jadi 'minah rempit' okay!!! Awasi anak anda...!

okay...setelah beberapa hari ibu menyepi dari blog...skang nak update sket je...ni aje yg sempat utk setakat ini ye...uhuhuuu...

tgklah sdiri gambar Batrisya dalam aksinya bagaikan tgh merempit motosikal...
sbenanya ibu rase die wat camtu sbb kaki die xsampai lg nak tolak sendiri train tu ngan kaki die, so that's why die fed up , terus naikkan kaki atas seat...sambil pegang handle..hmm ape-ape jelah Batrisya..jgn sampai jatuh sudah !!

Wednesday, January 5, 2011

Batrisya datang untuk menggegarkan dunia !

video

hehheh...harap2 anda semua boleh bukak video ni....!
sudah maju beberapa tapak..yeayyy!...ibu yg excited lebih..hikhik..

Tuesday, January 4, 2011

Bangunan Bank Rakyat Runtuh !!!



KUALA LUMPUR, 4 Jan — Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera apabila terjatuh dari paras kira-kira 30 meter setelah lantai konkrit Bangunan Bank Rakyat yang sedang dalam pembinaan di Jalan Ang Seng, Brickfields, di sini, runtuh malam tadi.

Insiden kira-kira 10 malam itu berlaku ketika kesemua mangsa sedang bekerja untuk menyiapkan struktur lantai itu yang dipercayai tidak kukuh hingga mengakibatkan kemalangan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata ketiga-tiga mangsa yang identiti masih belum dikenal pasti dianggarkan berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 30 tahun.

Dua mangsa yang cedera ialah seorang warga Indonesia dan seorang lagi Bangladesh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala yang cedera itu turut dirawat di hospital yang sama.

Azizan berkata ketika kejadian seramai 13 pekerja warga asing sedang menyiapkan kerja-kerja menurap lantai konkrit di paras itu.

“Ketiga-tiga mereka (yang maut dan cedera) terjatuh ke bawah manakala 10 yang lain sempat berpaut pada kerangka bangunan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan kira-kira 11.45 malam setelah tiada lagi mangsa yang didapati terperangkap, katanya. — Bernama

Tolong!!! saya xberdaya....

**gambar hanya hiasan semata-mata!

huhuuuhu...saje je nak mintak tolong...
sememangnya dah x berdaya lagi...xberdaya nak update blog....arrggghhh..

dalam hati ni teringin sgt nak cite macam2 ni...tp dek kerana kesibukan yg amat, di tempat kerja mahupun di rumah, maka...memang terbantutla niat...skang slalu tido cepat sbb Batrisya tido awal pastu bangun awal...abis kalu die bangun 5 pagi sapo nak layan...

kadang2 terkejut gak tetiba ade muka sebaik-baik saja ibu buka mata..huhh..rupa-rupanya si Batrisya tengah tenung ibu sedekat-dekat yg boleh....pastu bile kite bukak aje mata, mulala die tersengih-sengih menunjukkan yg die dah berjaya kejut or 'kacau' ibu die ni tido...adehhh!!! kelakar pon ade...kadang2 kaki die saje je pi letak atas muka nih...macam-macam la...huhuhhh..

skang hanya mampu blogwalking sket2 je...xbleh nak blogwalking sampai pitam dah...hehehehh
so sori ye kalu ade yg ibu tertinggal nak ziarah tu...ampun sgt2...sibuk sket lah...ermm..

Monday, January 3, 2011

Larangan penggunaan TEH timbang !


hehehh..tetiba nak share berita ni....bukan ape...pasal ibu adalah penggemar dan peminum setia teh tau...
kebiasaannya setiap hari mesti nak pekena teh jugak..bukan teh O tp... TEH SUSU...xkirala teh tarik atau teh ais..hmmm...sedapnye...hihihi...

bila timbul isu ni...terpikir gak, mungkin ibu pernah terminum teh timbang ni..yela ...mane nak tau kan...teh ape diorang pakai kat kedai yang ibu singgah2 tu...hmmm.....jauhkanla ku dari sebarang penyakit mudarat !

sumber:

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang mempunyai 1,600 ahli sudah telah lama mengeluarkan arahan kepada ahli persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada pelanggan terutamanya teh tarik.

Presiden PRESMA, Noorul Hassan Saul Hameed, berkata pihak persatuan dengan kerjsama Kementerian Kesihatan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap restoran mamak bagi memastikan mereka tidak menggunakan teh tersebut.
"Pengusaha restoran mamk yang didapati menggunakan teh timbang atau teh sukat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai sesetengah pengusaha restoran tidak bertanggungjawab yang cenderung menggunakan teh timbang atau teh sukat untuk membuat teh tarik kerana harganya yang lebih murah sungguhpun ia mengandungi bahan pewarna yang membahayakan kesihatan pengguna termasuk risiko penyakit kanser.

Setakat ini, Noorul Hassan, berkata belum ada laporan yang mengaitkan ahli persatuan itu dengan penggunaan teh tersebut.

Justeru, beliau menasihati semua pengusaha restoran supaya tidak menggunakan teh itu demi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, pengurus cawangan Nasi Kandar Pelita Ampang, Hassan Mohiddeen berkata pihaknya tidak pernah menggunakan teh timbang atau sebarang bahan lain yang mengandungi pewarna yang tidak dibenarkan.
"Kami sentiasa mengikut panduan yang telah diberikan pihak atasan untuk menjaga kualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

"Pelita memiliki banyak cawangan di seluruh negara dan kami tidak boleh sewenang-wenangnya melanggarnya demi kebaikan pelanggan," katanya ketika ditemui.

Teh timbang atau teh sukat mengandungi bahan pewarna sintetik yang boleh memudaratkan kesihatan dan oleh kerana harganya yang lebih murah berbanding jenama teh yang lain segelintir pengusaha restoran menggunakannya.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melarang serbuk teh ditambah bahan pewarna dan sesiapa yang sabit kesalahan menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun. - BERNAMA

Saturday, January 1, 2011

Azam baru & wishlist ibu untuk tahun 2011 !

first of all...oleh kerana esok tahun baru , maka...

HAPPY NEW YEAR 2011 !!!

ok..setiap orang mesti ade azam baru setiap kali nak masuk tahun baru kan? mcm tu jugak ibu...
entry ini akan jadi checklist untuk ibu buat tahun 2011...dan ibu akan rujuk balik entry ni di masa akan dtg sama ada dapat capai atau tidak...hehhehe

untuk thn 2010, memang tahun yang mana kami belanjakan wang secara besar-besaran ! mane taknye, cantikkan umah baru (masuk umah dlm bulan 4)..beli henpon....dan...kemudian terbeli plak kete baru...hikhik...

ape die azam baru & wishlist ibu ??!

untuk diri sendiri,
* nak cuba jadi seorang isteri dan juga ibu yg lebih baik dari tahun 2010 !
* nak ubah bbrp perangai ibu yg xsenonoh kpd lebih senonoh untuk 2011 ini..
* jadi pekerja yg lebih fokus terhadap kerja...dan akan cuba usaha untuk improve !
* nak tingkatkan keyakinan diri...
* lebih berdisiplin dlm menguruskan kewangan serta ekonomi keluarga..

sebagai ibu ,
lepas Batrisya dah bleh jalan, nak bawak die pegi;
* zoo negara
* genting highland
* cameron highland
* Gambang water theme park (atau mane2 theme park)
* pegi jauh sket yg perlu naik flight...nak ajar die naik flight !

kalu dah bleh cakap banyak;
* nak ajar mengaji sket2
* kenal huruf dan nombor
* kenal binatang
untuk umah;
* nak tukar pagar, nak buh tile..bla...bla...
* nak cantikkan laman umah la (tambah pokok2)......so tahun 2011 ni akan lebih pada exterior design plak !

sebagai seorang manusia yang perlu ade matlamat hidup & ade keinginan, ibu nak;

* lunaskan hutang2 besar
Alhamdulillah, untuk tahun 2010, dah berjaya full settle kete VIVA ibu tu...hehheee...
* nak beli camera DSLR ;

Nikon D90 SLR Digital Camera Kit Set (Free 4GB SD + Nikon DSLR Bag!) (12.3MP, DX Format, 3" LCD, Live View, Video, 4.5fps) with Nikon AF-S DX NIKKOR 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR Lens
yang ini....NIKON D90

atau..

^

^

^

yang ini..
Canon EOS 50D Digital SLR Camera Kit Set with EF-S 18-200mm f/3.5-5.6 IS Standard Zoom Lens (Canon Malaysia)
CANON EOS 50D

atau...

^

^

^

ini..
Canon EOS 550D Digital SLR Camera + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS Lens (18.0 MP CMOS (APS-C) Sensor, Full HD 1080p Video, Advanced Live View, 3" 1.04 Million Dot Clear View LCD, 3.7 fps)
CANON EOS 550D

* Tukar berukben kepada STREAMYX !
*dan...yang paling agak mustahil sket...tukar VIVA kepada .......(lihat gambar seperti di bawah)...berangan pun jadi la...kalu nak ikutkan, kete idaman ialah honda city, tp atas sbb2 tertentu terpaksa beli viva je dulu pasal dulu duk asing ngan hubby so takut tetiba kene benti jd housewife (kalu xdpt keje laa), xmampu lak nak byr City tu...ermmpphh...

calon-calonnya adalah;

^

^

^


Suzuki Swift
^

^

^


new Honda Jazz

^

^

^

new Honda Insight

mudah-mudahan termakbul...amiiinnnnnnn...

Aktiviti 'berjalan' si Batrisya...

seperti dijanjikan nak cite aktiviti semalam...so pagi-pagi..ibu bawak Batrisya kuar umah memandangkan hujan pon dah stop...(skang musim ujan yg lebat amat di kuantan ni!)

ibu cuba suh die jalan sdiri...
tp die duk tersenyum-senyum, tersengih-sengih...ihikkss..

cubaan x berjaya...nak jatuh !

Batrisya si rambut kembang..
ginila rupa die kalu x mandi lagi..ermmm..

ternampak kelibat burung kut...
duk sebut 'bird! bird!'..

haa ni plak aktiviti belah siang sket...
ibu gi order contact lens masa ni..sibuk die nak tarik kusi tuh..!


ni plak kat giant dalam megamall, kuantan...
die x mo bangun..nak main bende alah tu la plak..adehhh!
bila angkat , geliat2 macam belut...xleh nak pegang..
waaa...tu belum terer jln lg, kalu dah berlari???!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts