My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Monday, February 28, 2011

Kami ke Cameron...


setelah lama x bercuti ke tempat2 jauh sket, akhirnya sabtu lps, jadi gak kami ke Cameron Highland...seronoookkk...sgt...!!!

sbb ibu mmg suka gi ke tanah tinggi mcm ni...
sukakan nature....suka tgk ladang teh yg luas, sayup mata memandang...
bunga...strawberi yg berseah-sepah dijual dgn harga murah...begitu jugak dgn sayuran !
semua nampak segar-bugar...heheh

pegi bukan bertiga, tp pergi dengan rombongan kecil tmpt keje husband...
5 famili / 5 kereta yg terlibat...
melalui Sg. Koyan...

oklah ibu x dpt tepek gambar byk sgt..ade keje nih..huhu

bunga sempat ibu beli..
actually nak beli byk kalu bleh..tp yelah, skali pikir membazir gak kan..bukan tahan lama pon..
just nak sedapkan dan puaskan ati ni, so beli gak sket...
total bunga kat atas RM5..

waktu pagi..Batrisya berbungkus....sejuuuukkk...!

semua bende dia jumpa dia nak pijak !


ni plak ayah tgh syok amik gamba...
gambar2 kat atas ni semua ibu amik guna camera henpon ye..

Thursday, February 24, 2011

Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan

oleh kerana ibu orang pasir mas, so kene la highlite bende nih...heheh

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PasirMas__8216_kilang__8217_jelitawan/Article/index_html

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.


Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

p/s: macam baca kisah dongeng plak..hikhik

Tuesday, February 22, 2011

Kalau tido ngan baby , die suka peluk korang tak?

* gambar hiasan shj.

haaa...ibu saje nak tanya kengkawan semua....
sebab kalu Batrisya ni mmg tido xdenye nak peluk2 manja ibu die...tido mmg ikut suka die, janji die selesa...tido tertonggeng-tonggeng skang nih !
kalu ibu tarik kaki or tangan die suh peluk, confirm die marah ,then tarik balik kaki tangan die tuh..heheh...tu pun toleh sbb nak breastfeed..hmmm

apakah baby girl mmg gitu?
mungkin jugak depends on tahap kemanjaan anak tu dgn ibu die kan??
biasa selalu jumpa baby boy mesti sgt manja dgn ibu, tido nak kene peluk2 die...nak kene sentuh2 jugak die...tp xsemestinya la kut ekk??!

Monday, February 21, 2011

My Sleeping Angel Contest

lamenye xmasuk contest..yg masuk lps2 pun xtau ape cite...ni pun ibu tau dari ummiamnaAmzar.. thanks coz inform..ni tgh free sket blehla masuk...heheh

dateline: 14/3/2011

hadiahnye:

first place


2nd & 3rd place


then 3 saguhati...

gambar yg dipertaruhkan:

^

^

^


Nur Batrisya Husna
18 Oktober 2009
1 tahun 4 bulan

alamak..ramai nak kene tag:

Anak Dara tido Ganazzzz.....

Agak-agak bila Batrisya dah besar nanti, die marah tak ibu upload gambo ni...hehhe

ni lah alkisahnye...Batrisya mmg tido xpernah pakai bantal..sejak newborn lg....sampai skang susah lak nak train die tido kepala atas bantal....

kalu bagi gak bantal, inilah akibatnye...bukan setakat kepala, tp satu badan duk atas bantal..ahahahhaa...ape2 la anak ibu ni...!!!



ermmm..selesa lak die tido mcm gini yer..!

Friday, February 18, 2011

Anak kenal huruf sblm 2 tahun...anak2 korang mcm mane??

gambar hiasan semata-mata

hmm...ibu ade tgk video anak member yg berusia 18 bulan tp dah pun bleh kenal huruf A B C...
maksudnye xmustahil untuk ibu ajar Batrisya dari sekarang kan...satu hari die akan ingat jugak kalu die selalu dgr kite sebut...

just nak tau gak pengalaman ibu-ibu kat luar sana...
anak anda dah boleh membaca? bagaimana cara mengajar?
umur berapa diorang kenal huruf or nombor??

i wish my Batrisya jugak leh membaca secepat mungkin !!!

Batrisya ...1 tahun 4 bulan dah ari ni..

HAPPY 16 MONTHS YOUNG TO MY DEAREST NUR BATRISYA HUSNA...

sblm tu layan dulu photoshoot kami kat Muzium Sg. Lembing, Pahang..
(perrgghh...photoshoot tu xtahan...hehhe)

he he he....ni gambo paling mahal !
sengih x hengat punya...

ibu dan Batrisya...
nmpk macam beria- ia je posing..heheh








time is running sooo fast....my little angel is now turning 1 year and 4 months young!!!

hehhe........
so far mmg banyak kemajuan Batrisya dalam masa sebulan sblm cecah usia 16 bulan ni...
most of all, die sudah boleh ikut kebanyakan perkataan yg ibu n ayah sebut...
cepat je die follow...

then, sblm ni pun mmg ade dedahkan die dengan bacaan buku...tp xdela die minat sgt, lg die campak adela hhuhuu...tp skarang ni dah nampak minat membaca die tau!...balik je dari nurseri, kalu nmpk je buku tu mesti die akan suruh ibu bacakan ...so nak tak nak now ni kene la baca sampai puluh2 kali..ahahahhaa...!

ok..antara perkataan baru yg dah pandai die sebut...'panas'..'sejuk'...'susu'..'baby'...dan bbrp lagi..ibu dah x ingat dah....

cuma...die jalan still x stable lg lah....kalu lari tu, jatuh2 gak lg...heheh

Thursday, February 17, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Pelajar Cina tunggal , Wee Soo Yen terkejut terima anugerah Maulidur Rasul !

PUTRAJAYA 15 Feb. - Wee Soo Yen, 16, pelajar Cina tunggal yang mendapat A bagi subjek Bahasa Arab Komunikasi dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR) lalu dan mendapat liputan muka depan Utusan Malaysia menerima satu kejutan hari ini di atas kecemerlangan tersebut.

Dia dipilih sebagai salah seorang daripada tujuh penerima anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Mengakui dirinya masih terkejut, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan itu memberitahu, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk mempelajari bahasa itu sebelum meraih gred A subjek itu dalam kesemua lapan matapelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lepas.

Mengimbas cabaran yang dihadapinya pada peringkat awal, Soo Yen yang mengenakan tudung litup berwarna jingga ketika ditemui di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini berkata, keluarga membantah pada mulanya kerana tidak percaya kemampuannya mendalami bahasa tersebut.

Namun, berkat kesungguhan dan keazaman yang tinggi membuatkan ibu bapanya mengalah sebaliknya memberi semangat kepadanya mempelajari bahasa itu bermula tingkatan satu.

"Ibu tidak setuju kerana dia takut saya tidak boleh buat tetapi saya janji kepadanya bahawa saya akan lulus dalam peperiksaan kertas bahasa Arab.

"Jadi, ibu benarkan. Sebenarnya saya mahukan cabaran pada diri saya dan tidak sangka dapat anugerah ini, terima kasih kepada semua yang mengiktiraf diri ini," kata Soo Yen yang fasih berbahasa Melayu itu.

Pelajar itu menerima anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini.

Beliau menerima wang tunai RM20,000, sebuah plak, sijil penghargaan serta Kitab Terjemahan Fi Zilal Al-Quran (17 Jilid) bernilai RM3,000.

Soo Yen memberitahu, walaupun mengalami kesukaran untuk mempraktikkan bahasa Arab dalam kehidupan seharian, dorongan kuat ahli keluarga serta guru di sekolah membolehkannya berjaya menguasai bahasa itu.

"Ahli keluarga dan adik beradik merupakan sumber inspirasi saya termasuk cikgu-cikgu yang bagi dorongan untuk berjaya.

"Saya memang tidak boleh komunikasi bahasa ini di rumah, jadi saya gunakan sepenuhya peluang di sekolah untuk bincang dengan kawan dan guru," katanya yang mengenakan baju kurung bercorak bunga.


sumber : utusan

Monday, February 14, 2011

Tanam anak belakang rumah

DI SINI...Ashaari menunjukkan lubang tempat mayat bayi terbabit ditemui.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, tengah hari semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.


Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.

“Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.


“Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.

“Mungkin ada sesuatu ditanam, saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan polis tiba untuk membuat siasatan. Saya terkejut apabila polis menemui mayat bayi lelaki ditanam dalam lubang berkenaan,” katanya.


Sementara itu, menurut sumber, bayi lelaki itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek yang juga ibu bapa bayi berkenaan.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an yang ada kaitan dengan kejadian itu ditahan untuk siasatan lanjut.


Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Setakat ini, polis sudah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan,” katanya.


sumber : metro

Friday, February 11, 2011

Bakal Cash out Nuffnang Kali ke-2 berjumlah RMXXX.xx !

buat pengetahuan semua.....blog ini sudah pun x ada langsung BE...huhuhu
sedih.....Nuffnang dah xsayang kiteeee...........huhuhuu...sob..sob..

tp xpe..mungkin nak bg peluang kat org lain lak merasa kan?? kan??
ni ibu baru nak try test HEARTBEAT lak....meleleh tgk org lain duk register...mcm membuahkan hasil gak nampknye...heheh...

so anda2 semua jgn lupa KLIK banner heartbeat kat blog ibu ni ye...jgn lupa mention kat shoutbox tu!!! so that i can visit and click you all back ! he he he......

opps...balik pd cite asal...ibu x lame lg..insyaALLAH ujung bulan ni berhajat nak cash out NUFFNANG buat kali ke-2...jumlahnyeee????

xdela byk pon....bbrp sen je lg nak cecah RM100....
so harap2 dlm dua minggu lg ni cecahla...kalu x...maybe dlm RM99.XX la leh cash out..heheh xpela..rezeki gak tu!


oklah..ni die...semua BE sudah jadi metered.....no more BE okay!

Thursday, February 10, 2011

First artist yg dtg umah ibu...apa hubungan die dan adik saya??!

kalu sesape mengikuti perkembangan blog ibu sblm ni mungkin dah tau sape...hehehe
saje je wat gempak...

artis tersebut adalah pelakon ENOT....
sape die? camne die leh ade skali dlm majlis kawin adik ibu ni???!

oklah... Enot ni ialah isteri pd abang kpd suami adik ibu...errkkkk....berbelit-belit lakss...
paham ke?! atau...isteri pd abg ipar adik ibu ni....he he he...
xsure ape org panggil....biras? ipar duai?

hehe okla...layan gambo...

ini masa bertandang ke rumah pihak lelaki

bersama pengantin baru..

masa ni rombongan baru sampai umah ibu...


enot and families...

family ibu....adik-beradik + ayah n umi...

kurang sorang ni....adik yg blajar kat UK xde la....

semua nak bergambar ngan enot...yg pegang tgn enot tu mak andam ok...jgn x tau!!!
he he he


ELEPHANT PLAY TENT hasil redeem point HUGGIES dah sampai..jgn jelesss!!!

petang semalam, tetiba ade org call ckp nak anta barang...
ibu punya la pelik brg ape lak...nak kate menang contest, xde plak..hihihi...

rupanya itu adalah mainan yg ibu redeem point 100 huggies ari tu...ingatkan dah salah isi ke ape, lambat sampai..heheh...sukanyaaaa..........nti ingat nak beli ball yg byk2 colorful tu , biar die main dlm tu..

smlm test gak, suh die duduk dlm tu...masuk elok je, tp bila nak kuar cam xreti, die berdiri pastu nak kuar mcm pintu tu pintu biasa, so apelagi, kenala kepala die...pastu asyik nak jatuh je..kite suh tunduk, xmau dengar !

so ni lah die play tent berbetuk GAJAH itu....besarrr sgt....puas ati la...xsia- sia guna huggies..ade gak pulangan untuk Batrisya!





nanti ibu snap gamba Batrisya duk dlm ni laks...he he

Tuesday, February 8, 2011

Baru balik dari Kelantan..ari ni dah keje....


huhuh...kalu time nak cuti bukan main lama ku tunggu...bila dah cuti..cepat aje masa berlalu...
buat tatapan semua....gambar masa akad nikah adik ibu..iaitu 'che Ja' nye si Batrisya...

apepun..ibu doakan semoga perkahwinan Norul Izza & Fauzan diberkati olehNya sehingga ke akhir hayat.....

hmmm kat umah dah pasang streamyx tau..heheh..harap2 laju le sket internet kat umah...
so ade mase ibu update lg...dgn gambar yg lebih mantap!







haaahhh?....cam x sape nih?! macam mane die leh ade kat majlis nih? huhuh...nanti ibu stori mori lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts