My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Tuesday, November 20, 2012

Potty training kat Taska

Hurmm...alhamdulillah, ape lagi yg boleh ibu katakan....Batrisya sudah mula menunjukkan progressnya untuk bebas dari memakai diaper....

First time ibu sendiri cuba utk tidak memakaikn diaper kat die pada 10 nov lps, sblm deepavali..errkk, satu hari je pon..and dua kali jugak terkencing dlm seluar kat ruang tamu..ermm nasib baik dah selamat lipat karpet semua...hehe, preparation mesti tip top!
Tapi, kira ok la...batrisya pon kerap juga bagi tau yg die nak kencing tp yg letihnya, bila dah bawak ke toilet, xde plak nak kencing....ibu jugak memainkan peranan dgn selalu tanya die sama ada nak buang air ke x..tips2 daripada kawan2 jugak ;)

Then, semalam, 19 nov, taska tmpt batrisya habiskn masanya hari2 tu jugak membantu..buat pertama kalinya, teacher dia xpakaikan diaper...pagi sampai tghari, PERFECT! Dia ckp bila die nak membuang tp di sbelah petang 'terlanjur' sket..huhu....terkencing gak dlm seluar...nasib baik kat laman luar, senang ler nak basuh..huhuhu

Apepun semoga satu hari nnti dia akan jadi mcm kanak2 'matang' yg lain jugak....heheheh...
Bila dah x perlu pakai diaper, senangla hati ibu nak bagi adik kat batrisya, belanja bleh dipindahkn kat adiknya plak..btul tak? *wink*

Posted via DraftCraft app

Saturday, October 27, 2012

Gambar sambutan besday Batrisya di taska

Alhamdulillah..selesai sudah majlis sambutan besday kecil-kecilan batrisya kat taska pada 18 oktober, khamis lepas...
Hehe...balik je ibu terus tgk and upload gambar ke FB... X sangka plak muka anak ibu ni masam mencuka... Bila tanya nape wat muka mcm tu, rupanya dia malu...huhuhu

Muka dari satu gambar ke gambar lain dah macam copy paste je...xde satu pon yg senyum apatah lg sengih..hehehe..penat ibu cari gamba nak tepek atas kek tu..heheh

Tp kenala dgn tema majlis, iaitu ANGRY BIRD ! So besday girl pon turut "angry"..ngehngeh...

Bergambar dulu ngan kawan2..



Besday girl kene bagi ucapan ?!




Posted via DraftCraft app

Thursday, October 18, 2012

It's her 3rd Birthday !!!

Hari ini 18 Oktober.... Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang untuk membesarkan satu-satunya anak dara ibu ni, Nur Batrisya Husna ... How i miss the moment, when you were born...hehehe....masih segar dlm ingatan ni...Anugerah x ternilai dari Ilahi...

Oklah..tayang besday cake yg ibu snap sblm ia dihantar ke taska tadi....later ibu post gambar die celebrate kat taska plak yer...heheh...dgr cite dr teacher dia, diorang amik gamba Batrisya muka masam je...huhu..aduii laa..mmg ssh sgt nak amik gambar die skang..pandai mengelak...hmmm...

Semoga Batrisya menjadi anak yg solehah....dan akan membanggakan ibu dan ayah suatu hari nanti..aminnn..



Bersama hadiah dari ayahnya...

Tuesday, October 16, 2012

Di ambang birthday Batrisya...

Fuhhh.....begitu cepat masa berlalu..
Skang tgh menantikan birthday batrisya yg ke 3 tahun....18 Oktober ni...heheheh..
Ibu plak xsabar....

InsyaAllah, nantikan gambar sambutan besday nya x lama lagi..harap ade la masa nk upload...





Sunday, October 14, 2012

Handphone baru saya...

Hai semua, how's your weekend?

Hmm...sshnya nak cari mood update blog...

Weekend ni kitorang x pegi mana2 pun...just bwk jalan2 si Batrisya tu jek...Sabtu pergi East Coast Mall beli barang dapor sket...and hari ni Ahad, ingat nak bwk pegi pantai plak..lama dah x beriadah memandangkan skang dah nak masuk musim hujan...

Oklah berbalik pada tajuk kat atas...ibu baru je tukar ke iphone...ala bukan yg baru pon, amik yg husband punya...kebetulan die ade dapat free galaxy note setelah terpilih untuk jawab soalan yg sgt simple melalui satu panggilan telefon..heheheh rezeki dia la..
Rezeki ibu jugak, dpt merasa pakai iphone...2nd hand pon jadi la... Hahah...

Thursday, September 27, 2012

ke Newcastle University dan...Legoland...

dugaan nak masukkan gambar dlm blog menggunakan ipad ni telah membuatkan ibu agak terhegeh- hegeh juga nk siapkan entry...asyik tertangguh...bila dtg mood, internet plak down mcm siput ...

ok, nak cite yg hujung minggu lps, ibu, ayah, batrisya serta mak n ayah ku telah ke Nusajaya, Johor utk hantar adik saya meneruskn pembelajarannya dlm bidang medical selama 4 tahun, selepas 2 thn blajar di Newcastle University, UK...just pegi dua hari ...bertolak 22 sept kemudian balik semula 23 sept...
syukur dpt juga ibu ziarah JB setelah 4 thn ku tinggalkan....selama 8 thn juga ibu kat JB, blaja + kerja. dan ape yg dpt ku lihat, perubahan pada jalanraya dan bangunan mmg sgt ketara..asyik salah jln je...kerja duk turun naik highway...huhu...apepun harap dpt pegi lagi..heheheh

oh ye...adik ni akan smbg blajar dekat Newcastle University Medicine Malaysia (NUmed), cwgn di Educity, Nusajaya...
semoga adik terus sukses dan jadi seorang doktor yg berwibawa dan dedikasi in future!


ni adalah sekitar kolej dan hostelnya....;




on the way ke tempat adik blajar tu boleh nampak Legoland !
(amik gamba dari dlm kete je...heheh..bujet xde mau masuk daa)




Wednesday, September 26, 2012

S-26 MAMA CLUB -705 points !


S-26 MAMA CLUB ; Rentetan daripada usaha ibu menghantar scoop wyeth awal bulan September ni, 

ibu dah pon dpt sms dari wyeth, update psl points yg ibu dah kumpul...ALhamdulillah dah ade 705 points !!! x banyak pon tp cukupla nak wat redeem barang 'tupperware' yg ibu inginkan tu....heheh...
tp stakat ni point ibu dkat website wyethnutrition blum update lg...so xleh wat online redemption..kene tunggu dulu..once dah update, ibu akan terus buat..heheh





Wednesday, September 19, 2012

Persiapan Diri Menunaikan Umrah


hanya sekadar berkongsi...khas untuk mereka yg bakal mengerjakan umrah...
insyaAllah semoga kita semua memperoleh rezeki utk ke sana suatu hari nanti....Doakan juga agar ibu sekeluarga ada jodoh hendak ke sana...skang ni tgh piki mcm mana nak tunaikan ibadah yg wajib utk umrah sekiranya Batrisya ikut skali??? anda ada tips?!


sumber: http://www.jawhar.gov.my/i-umrah/index.php/persediaan-para-jemaah/48-persiapan-diri

Persiapan Diri Menunaikan Umrah

Cetak
Persiapan Diri Menunaikan Umrah
Memperbetul tujuan semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sesuatu pekerjaan itu hanya menjadi ibadah dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. apabila:

- diniatkan semata-mata untuk mematuhi perintah Allah S.W.T.;
- caranya menepati syariat yang ditetapkan;
- tidak berlaku sebarang penyelewengan; dan
- ibadah wajib seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan lain-lain tidak ditinggalkan.
Oleh itu, elakkan diri dari mengerjakan haji dan umrah kerana sebab-sebab sosial, ekonomi, politik atau tujuan-tujuan lain.
Mendapatkan ilmu yang cukup
Setiap ibadah termasuk umrah yang dikerjakan tanpa ilmu adalah sia-sia. Ini kerana kerja-kerja ibadah tidak boleh dibuat secara ikut-ikutan sahaja. Selok belok pelaksanaan ibadah umrah perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dengan sempurna sewaktu di Tanah Suci tanpa bergantung kepada orang lain.
Menggunakan sumber wang yang halal
Ibadah umrah adalah merupakan salah satu persembahan kepada Allah S.W.T. Sama ada diterima atau sebaliknya, ia bergantung kepada sejauh mana sempurnanya ibadat itu dilaksanakan dan sebersih mana pula wang ringgit yang digunakan.
Pastikan wang ringgit yang digunakan  untuk menunaikan umrah (tambang menambang, makan minum, penginapan dan lain-lain) malah yang digunakan untuk kehidupan seharian adalah dari sumber yang halal lagi bersih dari sebarang penyelewengan atau penindasan. Mata pencarian yang haram, selain dari berdosa, boleh menyebabkan  hilangnya keberkatan dalam kehidupan.
Menjaga kesihatan jasmani dan rohani
Pelaksanaan ibadah umrah memerlukan kesihatan fizikal dan mental serta kestabilan emosi. Bakal jemaah hendaklah menjaga kesihatan menerusi pemakanan yang baik dan seimbang serta memperbanyak aktiviti riadah. Selain itu, jemaah hendaklah melatih diri supaya bersikap positif dan bijak mengawal perasaan.
Menyempurnakan semua rukun Islam yang lain
Ibadah haji adalah rukun yang kelima dan terakhir selepas mengucap dua kalimah syahadah mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat.
Bakal-bakal jemaah umrah perlu terlebih dahulu mempunyai kefahaman yang sempurna bersabit tuntutan Syahadah, sembahyang, puasa dan zakat serta melaksanakannya.
Memperbanyakkan amalan sedekah
Sesuatu yang boleh meringankan bebanan orang lain (termasuk suami, isteri, ibubapa, saudara mara, sahabat handai, faqir miskin, anak yatim dan sebagainya) sama ada dalam bentuk wang ringgit, tenaga hatta senyuman atau perwatakan ceria adalah sedekah. Amalan sedekah membantu menambah pahala, mengurangkan dosa dan membantu hubungan sesama manusia.
Bakal jemaah digalakkan memperbanyakkan sedekah sewaktu di Tanah Air dan juga di Tanah Suci nanti. Ia membahagiakan pihak yang menerima dan turut membahagiakan pihak yang memberi. Sewaktu berada di Tanah Suci pula, para jemaah hendaklah menggunakan sebaik-baiknya kesempatan untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.
Menunaikan sembahyang berjemaah
Matlamat menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Makkah antara lain ialah untuk memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin untuk beribadah terutamanya di Masjidil Haram. Peluang berada di Tanah Suci Makkah hendaklah digunakan sebaiknya untuk beribadah sebaik mungkin seperti menunaikan solat berjemaah.
Menjauhi amalan-amalan syirik
Menyengutukan Allah adalah merupakan salah satu dosa besar. Tidak selayaknya orang yang hendak menjadi tetamu Allah membuat kerja-kerja syirik seperti beramal dengan ilmu sihir, bergantung hidup kepada tangkal azimat dan sebagainya.
Selain itu, bakal-bakal jemaah hendaklah menghindari sifat suka mengejar kebendaan dan kesenangan hidup sehingga meremehkan soal halal dan haram, dosa dan pahala serta syurga dan neraka.
Memperbaiki akhlak dan menghindari sifat-sifat mazmumah (tercela)
Tanah Suci Makkah adalah tempat orang memperlihatkan peribadinya yang sebenar. Orang yang hendak menjadi tetamu Allah S.W.T. hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat di hati.
Sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, sombong, takabbur, panas baran, suka mendedahkan aurat, suka bermegah-megah dan lain-lain hendaklah dijauhi. Menurut maksud hadith, hasad dengki menghapuskan amal kebaikan seseorang sepertimana api membakar hangus kayu api.
Tanah Suci Makkah juga adalah tempat pertembungan umat Islam dari segenap pelusuk dunia. Sifat-sifat murni seperti sabar, ikhlas, syukur, tolong-menolong, ramah dan sebagainya akan dapat memudahkan interaksi sesama jemaah.
Membersihkan diri dari dosa
Sebelum berangkat ke Tanah suci bakal jemaah hendaklah bertaubat dengan:
- meninggalkan serta merta perbuatan yang telah menimbulkan dosa;
- berazam dengan sepenuh hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi;
- merasa kesal yang amat sangat di atas perbuatan dosa itu; dan
- jika dosa itu ada kaitan dengan manusia, perlu mendapatkan kemaafan dan pernyataan halal bagi kesalahan yang dilakukan dan hak yang  diambil dari manusia tersebut.
Berdoa dan bertawakkal
Perancangan Allah S.W.T. mengatasi segala perancangan makhluk-Nya. Segala persiapan yang telah dibuat tidak dapat menjamin ibadah umrah dapat dilakukan dengan sempurna. Justeru, para jemaah perlu banyak berdoa kepada Allah S.W.T., memohon keampunan dan pertolongan-Nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts