My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Thursday, January 31, 2013

Batrisya, taska dan pelajarannya

Salam mommies!

Hmm, di mana nak mulakan cerita ni... Kesimpulannya, minggu ini agak memenatkan ibu. Minggu lain pun penat juga tapi kali ni berbeza kerana perlu melayan kerenah Batrisya yang semakin pelik dan mengada-ngada...ye, mungkin juga ini disebabkan dia tak de adik kut?

Kebiasaannya pagi2 sebelum hantar ke taska, memang dia tidur aje dari dalam kereta sampailah dah tiba kat destinasi. Tapi entah kenapa minggu ni, beberapa minit sebelum sempat letak barang dalam kereta dia sedar. Tak nak berjalan sendiri pulak tu, nak kita ni dukung je......sabar ajelah. Mana nak angkat barang and nak buat apa yang patut kat dapur tu..hisshhh....

oh ya, di tambah lagi dengan ketiadaan ayah, ayah nya kerja shift malam minggu ni...pastu kalau kena marah sikit, confirm meraung panggil "ayah....ayah...."... Siap cakap tak nak kawan ibu lagi...huhu

Belum cerita pasal kejadian waktu malam lagi... Ibu perasan yang dia macam nak cuba tarik perhatian ibu...tapi yelah kita pun ade kerja nak buat, tak boleh sepanjang masa nak duduk sebelah dia je..kalau ayah ada tu okay la sikit dia...sebab dia rasa ade seseorang dekat dengannya..hmmm...inilah dia dugaan menjaga anak seorang diri di rumah...

Tapi...Alhamdulillah, di sebalik dugaan tu, ada juga perkara yang buat ibu happy...
Pertamanya, sebab batrisya dah mula hafal al -fatihah, hasil didikan ibu duk hari2 bacakan sebelah dia. Nampaknya walaupun dia tak fokus, tapi ada juga yang masuk dalam kepala dia. Berjaya juga teknik and kaedah ibu ni..heheh... Harap dia dapat hafal keseluruhan surah tu dengan segera. Semoga ibu dan ayah mendapat kebaikan dari semua ni...

Dan satu lagi perkara baik yang berlaku, masa nak hantar batrisya ke taska hari ni, teacher dia ada bagi tahu yang dia ada juga buat kerja sekolah kat taska tu, ada belajar menulis secara tak formal la...dan dia juga sedang belajar buku IQRA'1 sekarang ni ! ... Dan dia menunjukkan prestasi yang baik kerana dapat ikut dan baca buku tu...harap dia boleh mengenal huruf hijaiyah dengan segera. InshaAllah.......

Sungguh, personaliti batrisya agak berbeza bila di taska dengan di rumah. Kalau kat rumah, bagi pensel memang dia pergi conteng dinding punya...geram je...huhu...apepun, harap Batrisya jadi anak yang rajin dan cepat belajar... Okay dah macam tulis cerpen dah ni....bye....
Gambar hiasan...heheh

Posted via DraftCraft app

1 comment:

ErneiAfzan said...

petanda batrisya nak kawan tue ;) dulu masa nak bagi adek kat arash rasa kesian sangat..

pikir mcam2..kecik lagila..kurang kasih sayang la.. sekarang nie adek yang 'jaga' dia..haaha.. menceriakan idup abangnya yang pendiam tue ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts