My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Monday, February 25, 2013

Part 1-Family day at Lost world of Tambun

Masih terbayang-bayang lagi keseronokan ketika berada di sana. Punyalah lama, baru hari ini ada masa terluang nak mengarang kisah kami ke sana semasa cuti raya cina yang lepas. Maklumlah, minggu lepas pun sibuk dengan kerja. Ape pun , syukur semua berjalan lancar.

Okay, yang tak berapa lancarnya, bila kami terjebak dengan kesesakan jalan di sepanjang highway PLUS masa on the way ke Tambun tu, hari Sabtu 9 feb. bertolak dalam pukul 10 pagi lebih, kul 4.15pm baru sampai Tambun. Kalau ikutkan estimation dari gps, kul 1 pm dah sampai tapi apakan daya, ikut sajalah arus kereta yang bergerak bagaikan angin sepoi2 bahasa... Huhu

Kat sana kami stay kat ALPINE VILLAGE APARTMENT. Alhamdulillah... Sangat puas hati!!! Bersih dan cantik ! Sesiapa yang nak book apartment tu jugak boleh email ibu ye nanti ibu kasi no phone nya. Jaraknya ke Lost World of Tambun tu sangat dekat, 5 minit dah boleh sampai .. ;))... Ok email : wardah.rosa@gmail.com . Kami stay 3 hari 2 malam kat situ dan bayar dalam rm 400 untuk 2 hari tersebut. Penginapan yang cukup selesa dan luas untuk kami 10 orang !

Cerita pasal kisah di Lost World pulak. Ahad dalam pukul 10 am kami bertolak. Punyalah ramai manusia! Maklumlah, public holiday kan... Semasa di sana sempat juga tengok tarian singa. Cakap pasal tiket masuk, nasib baik lah kami dah beli melalui ONLINE, so tak perlulah nak beratur panjang macam orang lain...fuhhh jadi untuk sesiapa nak pergi sana, silalah beli tiket secara online, kerana harganya adalah lebih murah dan cepat sikit dapat masuk huhu.

Kesimpulan bila dah berada di dalam tu, kami mendapati bahawa Batrisya takut dengan bunyi gendang tarian singa tu..siap nangis2 okay...then yang lebih mendukacitakan dia tak nak langsung main air kat water theme park kat situ. Macam trauma.. (Ayah dia pernah selamkan dia, sape suruh kan dah trauma....) nasib baik datang dengan family, kalau datang bertiga je, memang tak berbaloi lah. Setakat datang duduk je... So kat sana ibu hanya duduk and tengok adik-adik yang main air je lah. Yang Batrisya pulak, duduk bertapa dalam stroller dia tu. sabar jelah..... Gaya bukan main lagi dengan swimming suit dora + spek itamnya... Anyway, sangat seronok, and harap dapat buat lagi next time.

Nanti nak cerita pasal kedai makan yang kami pergi kat sana untuk makan besar ;)
Isnin, keesokannya kami bertolak pulang. Tapi pulang ke KL, sambung enjoy kat sana pulak hehe.









No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts