My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Monday, April 15, 2013

Kenal pasti apa itu AUTISME


Pagi ni, ibu nak share pasal AUTISME. memandangkan ada yang telah bertanya ibu mengenai autisme ni so ibu ada buat "research" la sikit pasal masalah ni..hehheh
Next ibu akan cadangkan pula pengambilan suplemen yang sesuai untuk mereka yang ada Autisme ini.

*Perhatian! AUTISME bukanlah sejenis penyakit.

Seorang budak autisme sedang menyusun tin.
Perlakuan menyusun sesuatu objek secara berterusan dan berulang kali sering kali dikaitkan dengan autisme.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris:psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 autisme="" dengan="" dirujuk="" fungsi="" iq="" kanner="" rendah="" sebagai="" sementara="" sindrome="">80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalahKegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyaipermasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.
Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

-Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur 
-Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. 
-Kurang cerdas semasa bermain 
-Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
-Tindak balas sosial

-Hilang tumpuan dan kurang mimik muka 
-Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain 
-Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain 
-Suka bermain sendirian 
-Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

-Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala 
-Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan 
-Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran 
-Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. 
-Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran 

Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri 

Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi 
Rawatan


credit to:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme
http://hptar.moh.gov.my/v4/index.php/kesihatan/198-autisme


Hubungi/whatsapp/sms saya Wardah di 019-9887126 untuk info dan harga special SHAKLEE especially buat mereka yang berada di Taman Mahkota Putra, Taman Astana Permai, Bandar Damansara dan Gebeng, KUANTAN !

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts