My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Monday, February 25, 2013

Part 2-Family day: Restoran Hj Sharin Low Grand, Ipoh

Salam semua. Ibu kembali untuk cerita pulak kisah makan besar kami sekeluarga. Alhamdulillah, beberapa hari sebelum ke sana, dah siap call and book tempat kat restoren ni. Maklumlah public holiday, takut ramai kan...

So hari Sabtu malam tu dengan gigihnya kami cari hj Sharin Low Grand, Seafood restaurant ni (makanan chinese muslim) dengan guna GPS, pon sesat juga okay ... Nasib baik call orang kerja restoren tu and at last jumpa juga setelah berpusing2 beberapa kali kat tengah bandar tu. nasib baik tak ramai orang pun.

Hidangannya sangat sedap dan menyelerakan, berbaloi dengan harganya. Malam tu untuk 10 orang, bayar lebih kurang rm270. Lagipun, ibu ada order shark's fin soup with crab minced. Harganya agak mahal sikit. Yang bekas kecik pun dah cecah puluh2 ringgit. Selain dari soup tu, we all order ikan tiga rasa kut kalu tak silap, itik panggang, soft crab telur masin, tofu, tomyam, sayur kailan ikan masin, ayam lemon dan.... Tak ingat pulak ada lagi ke tak huhu...

Alhamdulillah, memang puas hati... Hidangan pun licin maklum la semua orang kelaparan sebab dah lambat sampai restoren tu sebab sesat tadi kan hehe..... InshaAllah, nanti nak bawak family makan lagi sama ada yang branch Kuantan atau pun yang kat Kelantan punya... Hmmm tak sabarnya !!!

Kalau nak tempah juga ini nombornya :
05-2412472





Part 1-Family day at Lost world of Tambun

Masih terbayang-bayang lagi keseronokan ketika berada di sana. Punyalah lama, baru hari ini ada masa terluang nak mengarang kisah kami ke sana semasa cuti raya cina yang lepas. Maklumlah, minggu lepas pun sibuk dengan kerja. Ape pun , syukur semua berjalan lancar.

Okay, yang tak berapa lancarnya, bila kami terjebak dengan kesesakan jalan di sepanjang highway PLUS masa on the way ke Tambun tu, hari Sabtu 9 feb. bertolak dalam pukul 10 pagi lebih, kul 4.15pm baru sampai Tambun. Kalau ikutkan estimation dari gps, kul 1 pm dah sampai tapi apakan daya, ikut sajalah arus kereta yang bergerak bagaikan angin sepoi2 bahasa... Huhu

Kat sana kami stay kat ALPINE VILLAGE APARTMENT. Alhamdulillah... Sangat puas hati!!! Bersih dan cantik ! Sesiapa yang nak book apartment tu jugak boleh email ibu ye nanti ibu kasi no phone nya. Jaraknya ke Lost World of Tambun tu sangat dekat, 5 minit dah boleh sampai .. ;))... Ok email : wardah.rosa@gmail.com . Kami stay 3 hari 2 malam kat situ dan bayar dalam rm 400 untuk 2 hari tersebut. Penginapan yang cukup selesa dan luas untuk kami 10 orang !

Cerita pasal kisah di Lost World pulak. Ahad dalam pukul 10 am kami bertolak. Punyalah ramai manusia! Maklumlah, public holiday kan... Semasa di sana sempat juga tengok tarian singa. Cakap pasal tiket masuk, nasib baik lah kami dah beli melalui ONLINE, so tak perlulah nak beratur panjang macam orang lain...fuhhh jadi untuk sesiapa nak pergi sana, silalah beli tiket secara online, kerana harganya adalah lebih murah dan cepat sikit dapat masuk huhu.

Kesimpulan bila dah berada di dalam tu, kami mendapati bahawa Batrisya takut dengan bunyi gendang tarian singa tu..siap nangis2 okay...then yang lebih mendukacitakan dia tak nak langsung main air kat water theme park kat situ. Macam trauma.. (Ayah dia pernah selamkan dia, sape suruh kan dah trauma....) nasib baik datang dengan family, kalau datang bertiga je, memang tak berbaloi lah. Setakat datang duduk je... So kat sana ibu hanya duduk and tengok adik-adik yang main air je lah. Yang Batrisya pulak, duduk bertapa dalam stroller dia tu. sabar jelah..... Gaya bukan main lagi dengan swimming suit dora + spek itamnya... Anyway, sangat seronok, and harap dapat buat lagi next time.

Nanti nak cerita pasal kedai makan yang kami pergi kat sana untuk makan besar ;)
Isnin, keesokannya kami bertolak pulang. Tapi pulang ke KL, sambung enjoy kat sana pulak hehe.









Saturday, February 23, 2013

Little Caliphs Tadika Muslim Kreatif

Assalamualaikum semua mommies !

Harap ceria selalu hendaknya... Hari ni nak cerita kisah Batrisya masa pergi open day tadika Little Caliphs, cawangan yang memang dalam Taman tempat tinggal kami ni...

inshaAllah, jika tiada halangan, panjang umur, murah rezeki, ibu merancang untuk hantar Batrisya belajar kat situ untuk sesi pembelajaran tahun 2014, setelah usianya dah masuk 5 tahun ( kalau ikut bulan, baru masuk umur 4 tahun)...
Tapi sebelum masuk ke tadika tu, ada beberapa misi yang perlu dilaksanakan ke atas Batrisya ;

1. Free from diaper - DONE !!!
2. Free botol susu - belum start lagi ! Erkkk.....

Ok, yang no 1 sudah tercapai....yang no. 2 tu tak mula lagi...mungkin kena start dengan beli bekas cawan yang tak de puting tu???

Maklumlah, masa open day tu memang siasat habis apa yang boleh dan tak boleh kat situ...konsep kat tadika tu ialah anak2 mesti berdikari, kalau boleh mandi sendiri, and pandai urus diri sendiri ( erkk boleh ke ni batrisya ni???)

Apa yang buat ibu tertarik kat tadika tu, konsepnya yang lebih islamik...mengajar anak bertudung dan ada ajar anak solat dhuha sekali ;)
Okay lah..cukup sampai di sini saja...heheh

Ni Batrisya dan teacher masa open day tu.... Nampak macam dia berminat ye...heheh
( pakai baju kurung ni lagi...)

Acara sampingan...... Erkkk apakah dia tertarik nak masuk dalam ni sebab ade bende alah ni????

Posted via DraftCraft app

Thursday, February 21, 2013

Modular mates starter set - Tupperware, sudah di tangan!

Alhamdulillah, bulan februari yang penuh dengan kisah teruja. Banyak wishlist kecil ibu dah tercapai dalam bulan ini. Rezeki dari Allah swt... Syukur ;)

Ok, hari tu ibu ada nak cerita pasal barang yang ditebus guna goldpoint susu anak, S26 wyeth. Pada 14 Feb lepas, barang yang di nanti iaitu set modular starter Tupperware dah pun sampai... Dah pun dirasmikan di rumah. InshaAllah akan upgrade bekas simpanan kat rumah tu dengan barang2 tuppy ni sikit demi sedikit. Hehe... Bergantung pada rezeki jugalah. Yang lebih penting mesti diutamakan!

Sampai di sini sahaja untuk kali ini.
Lepas ni nak cerita kisah shopping masa chinese new year sekitar pavillion dan midvalley KL pulak.

P.s : dapat email terpilih untuk jadi pemenang bulanan tapi perlu jawab survey and jadi 20 terpantas. Harap tuah menyebelahi. Jika ada tuah itu, ibu akan cerita dalam blog ni.


Friday, February 15, 2013

Hadiah Buds Baby Giveaway dah sampai !

Lama sudah tak update blog. Kami baru saja pulang dari bercuti rabu lepas. Seronok sangat hehehe!

Okaylah warm up blogging dulu sebelum cerita kisah percutian yang tak pastilah berapa hari baru leh siap karang..hehe..

Ibu masuk kerja hari khamis, 14 feb, hari ni kira agak bertuah sebab dapat macam2 hadiah...
Mula2 hadiah giveaway Buds Baby tu dah sampai... Dapat Calming Tummy Rub Cream 30 ml punya...(seperti gambar di bawah) ngeee... Harga kat luar dalam rm30 plus juga rasanya... Cream tu guna untuk kembung perut sebenarnya tapi rasanya mak baby pon boleh guna jugak tu. bau memang best, macam peppermint! Hehe..macam aromaterapi pun ade gak... Gambar bawah sekali tu ialah barang Buds yang memang Batrisya guna termasuklah mandian dan syampu yang takde dalam gambar.

Then ada pulak kawan tempat kerja hadiahkan tudung bawal Aidijuma untuk semua yang ada kat department ibu kerja tu...alhamdulillah rezeki lagi... Hehe

Lepas tu barang yang ibu redeem guna gold point susu wyeth pulak sampai! Ok yang ni kat entry lain pulak ye kita cerita hihi

Apepun, terasa sangat bertuah hari khamis tu...dapat macam2 serentak..syukur ;)



Wednesday, February 6, 2013

Next trip...JJCM ke......?


inshaAllah cuti raya cina ni akan pergi berjalan-jalan cari makan lagi...



Gambar adalah hiasan semata-mata...hehheheeh

Tengah prepare for our next family trip....kali ni bersama family belah ibu pulak..heheh cant wait! Guess where we are going???

Hope semua berjalan seperti yang dirancangkan....

Tunggguuuuu..........!

Posted via DraftCraft app

Tuesday, February 5, 2013

Blog DARWISH n DARWISYA - sumber inspirasi

Hanya sekadar berkongsi apa yang baik untuk anak kita.... Khas buat ibu bapa yang beragama islam ;)

Dipetik dari Facebook Islamic Parenting Network :

"Jika seorang anak yg belum baligh melakukan ibadah seperti membaca alQuran, berselawat dsb, maka ditulis baginya pahala ibadah dan ibubapa turut mendapat bahagian dari pahala tersebut. Tetapi jika mereka melakukan maksiat, Imam Nawawi dalam al-Majmu' serta ulama2 Mazhab Syafi'i berkata, tidak dituliskan dosa maksiat untuk mereka.

Ibubapa rebutlah peluang pahala bonus ini sambil mendidik anak2 kita amal kebaikkan dan menjelaskan mereka akan larangan Allah secara berperingkat."

So sebelum ini ibu ada cakap pasal nak kongsi satu blog yang bagi sumber inspirasi pada Ibu dalam mendidik anak..blog tersebut ialah;

Http://darwishndarwisya.blogspot.com

Ibu sungguh kagum dengan cara Pn. Lina, iaitu ibu bapa kepada darwish n darwisya yang telah berjaya mendidik anak menghafal al-quran (surah2 panjang pula tu) sejak dari usia bayi lagi....nampak mudah je tapi bila ibu cuba apply pada Batrisya, susah pulak...ahahah

Ibu setuju dengan apa yang dia katakan, yang A B C dan bahasa inggeris biasanya memang diajar di sekolah/tadika, tapi baca al-quran belum tentu dan kalau ade pon slotnya mungkin kejap aje dan umur 5-6 tahun pun belum tentu dapat baca al- quran..hmm..tupun mujur juga ada tadika yang ajar iqra'...kenal la jugak alif ba ta tu. Apapun kita sebagai ibu bapa ni berusaha jelah bagi yang terbaik untuk anak..heheh

Ibu juga tengah usaha ajar Batrisya mengaji dan juga solat. Ada juga yang diajar secara tak formal, contohnya, time dia tengah main tu bacakan surah al-fatihah supaya dia dengar dan hafal secara tak langsung. Alhamdulillah dah bolehla hafal dua ayat, hihi...satu lagi dia juga dah hafal zikir yang subhanallah, walhamdulillah tu..... Hehe ni pun dah cukup bahagiakan ibu...

Lain2 blog berkaitan:

http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/koleksi-video.html

http://www.islamicparentingnetwork.com.my/

Maka jom semua, sama- sama kita beramal! Anak juga merupakan ujian buat ibu bapanya...
Allah swt mahu melihat sejauh mana kesabaran dan pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya kerana anak itu amanah daripadaNya.......








Adakah mahu memiliki anak yang BIJAK sejak dari lahir? Maka itulah pentingnya pengambilan OMEGA ataupun minyak ikan di mana ia dapat merangsang pembentukan OTAK bayi sejak dari dalam kandungan lagi. InshaAllah anak cepat menghafal dan cepat MEMBACA dan mana tau dapat menghafal Quran macam Darwish dan Darwisya ??! Hubungi saya dengan segera untuk maklumat lanjut mengenai OMEGAGUARD SHAKLEE !


Monday, February 4, 2013

I won Buds Baby Friday Giveaway ! Yeayyy...

Alhamdulillah, baru je jadi antara yang bertuah memenangi GIVEAWAY yang dianjurkan oleh Buds Baby.

Mungkin tak semua ibu di luar sana yang tahu apa itu Buds Baby ni kan? Sebenarnya ia adalah rangkaian penjagaan untuk bayi dan bezanya dengan brand lain, ia adalah dirumus dari bahan ORGANIK !

Batrisya ada juga guna mandian, syampu dan juga losyen buds baby ni. Yang losyen tu, alhamdulillah, menjadi juga pada Batrisya yang masa tu mukanya dinaiki bintik-bintik merah yang mungkin juga di sebabkan ruam susu.. Erkk macam pelik pulak ayat ibu ni..haha

So giveaway ni sebenarnya di jalankan kat FACEBOOK BUDS BABY, setiap Jumaat, so sape nak join kena get ready sokmo la.. Anytime diorang keluarkan soalan.

Syukurlah rezeki ibu nak menang untuk soalan tarikh 1 februari tu... Hehe. Nak harapkan cabutan bertuah, memang tak pernah dapat pon seumur hidup ni..huhu

Hadiahnya? Masih misteri...akan di update kemudian ;)

Sunday, February 3, 2013

Buffered Earning / CPUV Campaigns


hmmm.... blog ni macam dah tak de CPUV Campaigns mana je...rasa yang tengah on going cuma iklan Lactacyd je... harap en. Nuffnang dapat bagi yang baru sebab ibu tengah 'banyak' mood nak tulis blog ni...

Tengah fikir juga apa KEYWORD yang boleh membantu up kan trrafic blog ni. Maklumlah ibu ni bukan artis ke ape yang selalu masuk TV or magazine macam sesetengah mommy yang lain tu. Yang tu confirm tak tulis entry baru pun, unique visitor tetap lebih 1000 ! huhh sungguh jeles...heheh ...takpelah, berblog pun untuk suka-suka je...ada rezeki, adelah...Allah Maha Adil.... :)

Friday, February 1, 2013

Batrisya dan hasil kerja pertamanya di taska

Heheh... Tu dia, hasil seni Batrisya yang pertama di taska... Ada lagi satu lukisan tapi ibu tak snap gambarnya...

Ermm boleh la. Macam tak percaya pulak boleh pegang pensil warna sebab bila suruh kat rumah , dia aniayanya pensil tu... Tonyoh kat sofa la, ketuk la.. Suruh warna, dia pulak suruh kita warnakan buku tu. mula-mula memang tolong juga warnakan tapi nampak macam takde unsur2 nak ikut apa ibu buat... Sabar jelah...

Makanya terpaksa lah serahkan tugas ni kat teacher di taska... Hurmmm

Oh ya, mengenai Iqra' pula, dia dah boleh baca yang dua huruf je. Bila masuk yang ada tiga huruf, dia dah mula confuse.. Heheh... Tak pe lah, slow slow....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts