My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Saturday, August 23, 2014

Makanan tambahan yang diperlukan oleh ibu hamil serta yang dilarang makan

Salam semua,


harap semua yang mengunjungi blog Wardazri VitaShoppe ni sihat belaka!

Khas untuk ibu yang hamil, di sini suka saya nak share apa makanan tambahan yang ibu hamil diperlukan dan juga makanan tambahan yang dilarang makan oleh ibu mengandung.


Semasa hamil, keperluan harian wanita untuk nutrien tertentu, seperti asid folik, kalsium, dan zat besi akan meningkat. Vitamin ini adalah penting untuk pertumbuhan, perkembangan, dan kehidupan janin yang sihat.


Untuk membantu mewujudkan persekitaran berkhasiat bagi tumbesaran janin, adalah penting bahawa anda mendapatkan diet dan seimbang sebelum dan semasa anda hamil. Jika anda memilih untuk menambah diet anda dengan vitamin prenatal, tentukan dengan teliti jumlah harian yang anda perlu ambil kerana anda tidak mahu terkurang atau terlebih dos.

Vitamin Prenatal terdiri daripada pelbagai vitamin dan mineral yang membantu anda bayi mendapatkan nutrien yang penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Kandungan vitamin prenatal boleh berbeza-beza bergantung keadaan keadaan atau masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, terdapat multivitamin yang mempunyai jumlah zat besi yang lebih tinggi daripada biasa, mensasarkan wanita yang mengalami anemia akibat kekurangan zat besi.

Walaupun Vitamin prenatal tertentu hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor, banyak juga yang boleh di beli di farmasi biasa. Pastikan doktor anda diberitahu tentang sebarang vitamin sintetik yang anda ambil kerana pengambilan terlalu banyak boleh memberikan risiko terhadap janin yang sedang membesar.

Anda disyorkan untuk anda mengambil:

  • 10 mikrogram vitamin D setiap hari sepanjang kehamilan anda dan jika anda menyusukan badan.
  • 400 mikrogram asid folik setiap hari - anda perlu mengambil vitamin ini dari sebelum anda hamil lagi sehingga anda 12 minggu kehamilan.

Elakkan daripada mengambil vitamin lain secara individu sebagai contoh Vitamin A, B ( selain dari asid folik)  atau E  kerana kebimbangan kearah terlebih dos atau overdosing kerana ancaman toksin terhadap janin. Ambil dalam dos yang disarankan kecuali diarahkan oleh doktor.

Jika anda mengambil diet yang seimbang dan lebih kepada buah-buahan dan sayuran, anda tidak perlu mengambil vitamin tambahan kerana anda mungkin sudah pun mempunyai vitamin dan mineral yang mencukupi di dalam badan anda.
Jenis Vitamin dan Mineral

Asid Folik

Asid folik adalah penting untuk kehamilan kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran dikenali sebagai kecacatan tiub neural, seperti spina bifida. Anda perlu mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari semasa anda cuba untuk hamil dan sehingga anda 12 minggu mengandung. Jika anda tidak mengambil asid folik sebelum anda hamil, anda perlu bermula sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda hamil. Anda juga dinasihat  memakan makanan yang mengandungi folat (bentuk semula jadi asid folik), seperti sayur-sayuran berdaun hijau.
Bila perlu mengambil asid folik yang lebih tinggi
Bagi  wanita yang mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kecacatan tiub neural, adalah dinasihatkan untuk mengambil dos yang lebih tinggi sebanyak 5 miligram (5mg) asid folik setiap hari sehingga kandungan mencapai 12 minggu. Wanita mempunyai risiko yang tinggi jika mereka:
  • atau pasangan mereka mempunyai kecacatan tiub neural
  • mempunyai anak yang ada kecacatan tiub neural
  • atau pasangan mereka mempunyai sejarah keluarga kecacatan tiub neural
  • mempunyai kencing manis
  • Mereka yang mengambil ubat anti-epileptik

Vitamin D

Vitamin D mengawal jumlah kalsium dan fosfat dalam badan, ini adalah diperlukan untuk memastikan tulang dan gigi yang sihat. Anda perlu mengambil vitamin D semasa hamil dan semasa menyusu badan untuk pastikan bayi anda dengan cukup vitamin D untuk beberapa bulan pertama usianya.

Bayi  yang tidak mempunyai cukup vitamin D boleh menyebabkan tulang mereka menjadi lembut dan boleh membawa kepada penyakit riket (penyakit yang menjejaskan perkembangan tulang pada kanak-kanak ).

Vitamin D boleh didapati secara semulajadi dalam ikan berminyak seperti salmon, ikan kembung dan sardin, telur dan daging. Sesetengah produk bijirin sarapan, soya, produk tenusu, susu tepung dan marjerin juga diperkayakan dengan vitamin D tambahan. Sumber terbaik vitamin D adalah cahaya matahari yang diserap melalui kulit anda tetapi anda tidak perlu untuk berjemur untuk mendapatkannya.

Vitamin C

Vitamin C melindungi sel-sel dan membantu memastikan mereka yang sihat. Diet yang seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk brokoli, buah-buahan sitrus, tomato, cili, dan buahan tropika boleh menyediakan semua vitamin C yang anda perlukan dan anda tidak perlu mengambil supplemen tambahan.

Zat Besi

Jika anda kekurangan zat besi, anda mungkin menjadi cepat letih dan mengalami anemia. Daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, dan kacang tanah banyak mengandungi zat besi. Bijirin sarapan juga banyak diperkayakan dengan zat besi. Anda mungkin akan dinasihat mengambil pil zat besi sekiranya anda kekurangan hemoglobin.

Kalsium

Kalsium adalah penting untuk membuat tulang dan gigi bayi anda. Produk tenusu dan ikan sangat kaya dengan kalsium. Bijirin sarapan, buah-buahan kering aprikot, badam dan sebarang produk tauhu dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kangkong, bayam dan brokoli  mempunyai sumber kalsium yang tinggi.  Anda juga disarankan mengambil pil kalsium 1000 mg setiap hari sekiranya anda hamil atau menyusukan badan untuk perkembangan tulang yang sihat pada bayi dan anda sendiri.

Apa yang  yang anda tidak perlu makan

Vitamin yang diambil secara individu seperti Vitamin B kompleks ( selain dari asid folik) atau Vitamin E kecuali dengan arahan doktor. Sebarang vitamin yang diambil secara berlebihan boleh membahayakan janin. Ambil dalam bentuk Tablet MULTIVITAMIN kerana ia mengandungi kuantiti yang lebih kecil jadi risiko overdosing menjadi kurang.

Apa yang anda dilarang makan

Jangan sesekali mengambil  Vitamin A tambahan  atau mana-mana supplement tambahan yang mengandungi Vitamin A (retinol). Vitamin A yang terlalu banyak sudah terbukti toksik pada janin. Elak dari memakan organ hati kerana ia mengandungi Vitamin A berlebihan. Sekiranya anda mengalami masalah jerawat dan sedang mengambil Vitamin A berdos tinggi sebagai rawatan, hentikan pengambilan serta merta sebaik sahaja anda disahkan hamil.

credit info to portal hamil


Suplemen dari shaklee atau SET KEHAMILAN SHAKLEE menyediakan segala nutrisi yang lengkap untuk seorang ibu hamil dari 1st trimester hinggalah saat bersalin! 

Kami juga akan sediakan jadual pengambilan vitamin bagi set kehamilan ini untuk kemudahan pelanggan kami dan ini boleh elakkan anda ambil vitamin terlebih dos atau terkurang....diulang,  ekslusif HANYA UNTUK PELANGGAN WARDAZRI VITASHOPPE sahaja!

Testimoni Set kehamilan Shaklee;



so, jika anda berminat nak cuba vitamin shaklee untuk yang mengandung, anda boleh dapatkan daripada kami ye :) 
Harga set kehamilan ini lebih kurang rm450-580... tapi...jangan risau...
jika anda nak tahu harga yang saya tawarkan, harga set kehamilan yang lebih murah, 

sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn.Wardah)
email : wardah.rosa@gmail.com

penghantaran barangan shaklee adalah ke seluruh Malaysia, termasuk sabah & sarawak! semasa membuat pertanyaan, sila nyatakan lokasi anda ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Life, My Diary

Popular Posts