My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Tuesday, January 6, 2015

Setelah lebih 10 tahun, akhirnya banjir melanda jua...


Lokasi : LATI, PASIR MAS, Kelantan
Tarikh : 27 Dec 2014

Seluruh Malaysia tahu bahawa banjir besar telah melanda negeri KELANTAN akhir Disember 2014 yang lalu...

Baru berpeluang nak share gambar di kampung saya... Bekalan eletrik terputus hampir 5 hari jugak...

Sepanjang tinggal di situ, tak pernah di landa banjir lagi...hampir lebih 10 tahun rumah tu dibina...
Tapi kuasa Allah swt mengatasi segalanya... Pada 26 Disember, kawasan sekitar hospital Lati terkena juga tempias...limpahan air sungai Kelantan...

Hanya diuji sikit saja...air tak sempat masuk ke dalam rumah pun lagi...alhamdulillah atas ujian ini terhadap keluarga kami...semoga selepas ini kami akan lebih bersedia dan yang pasti kebih dekat dengan Allah swt...



Budak2 bukan main seronok lagi main air...maklumlah, jarang sekali jalan ni penuh dengan air berlumpur...macam taman tema air dibuatnya...huhu


Hadapan rumah...





Keluarga hanya guna lilin buatan sendiri selepas bekalan lilin yang ada sudah kehabisan.. 

Apapun alhamdulillah...bekalan eletrik pun dah ada...semoga kita semua mendapat iktibar dari kejadian banjir besar ini...inshaAllah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts