My Beloved Followers

Welcome to Wardazri VitaShoppe !

COD shaklee area: Indera Mahkota, Bandar Damansara, Balok, Beserah, Gebeng, Sg.Isap, KUANTAN and delivery throughout Malaysia (including SABAH & SARAWAK) !!!

Sms/whatsapp : 019-9887126 (Pn. Wardah)
Email : wardah.rosa@gmail.com

Tuesday, March 10, 2015

UMRAH 2015 : 15 Feb ~ 1st day di Madinah Al-Munawwarah

PENGALAMAN UMRAH BERSAMA RAYHAR TRAVELS : 15 Feb 2015 di Madinah Al- Munawwarah



Perjalanan dari Jeddah ke Madinah... Menyaksikan padang pasir dan ternampak jugaklah beberapa ekor unta..mungkin unta liar kut..heheh



Hati dan perasaan begitu gembira tatkala melihat perkarangan Masjid Nabawi dari dalam bas...alhamdulillah kami semakin hampir :))


Lebih kurang jam 8.30 am kami sampai di hotel At-Taibah. Terus dibawa masuk untuk sarapan pagi lepas dah dapat kunci bilik. Beg besar ambil kemudian di tingkat 6. Alhamdulillah mudah sekali urusan. Tak perlu nak berpeluh-peluh angkat beg sendiri naik bilik...


Batrisya nak breakfast setelah lebih 12 jam bermusafir....

Jam 10.30 am perlu berkumpul... Ustaz nak bawak kami masuk Masjid Nabawi untuk pertama kali...



Batrisya dan gelagatnya....

Rasa sungguh bersyukur sangat dapat jejak kaki ke sini...akhirnya yang selalu tengok dalam gambar tu kini dah kat depan mata...berpijak di situ dengan kaki sendiri...dapat lihat payung2 gergasi..syukur alhamdulillah !

Ustaz bawa kami ke belakang Masjid dari pintu 25...dia bawa kami untuk lihat Raudah dari luar, beri salam pada Rasulullah saw...sambil menyampaikan salam sahabat2 kepada baginda.. Sayu rasanya... Sebagai umatnya.. Rasa malu pun ada...yelah dengan dosa yang bertimbun ni datang menemuinya.. ;(

Hari pertama berlalu begitu pantas sekali...alhamdulillah batrisya ikut ibu tiap kali solat fardhu. Ada macam2 kisah juga hari pertama ni tapi tak dapat story semua..nanti tak siap pulak entry ni huhu



Cantikk...Subhanallah !!! ;)


Hotel dekat sangat dengan masjid...hotel yang kami menginap tu iaitu hotel Taibah tu adalah blok kedua yang belakang bangunan depan lepas kuar pagar ni..haha




 
Ini pula suasana di luar masjidil Nabawi.. Begitu ramai sekali peniaga mencari rezeki setiap kali sebelum dan selepas solat fardhu.


Indahnya....


Dugaan ibu bermula...bila batrisya tidur selepas waktu maghrib...selesai solat isya'...kejut punya kejut tak bangun...maka ibu kenala dukung sampai hotel...ok walaupun hotel kononnya dekat, tapi nak dukung budak sebesar batrisya ni memang mencabar jugakla...yela sepanjang nak ke hotel tu risau jugak kut kena langgar dek orang semasa berasak nak keluar tu...tp Alhamdulillah Allah swt permudahkan laluan ku...sampai ke bilik ibu dukung...rasa macam sado sangat malam tu...hahah

Pukul 9.15pm kena berkumpul pulak tu bagi jemaah wanita...sebab kami akan dibawa menziarahi taman syurga iaitu Raudhah.....

Tunggu turn dalam keadaan mengantuk juga la...dalam kul 11.30pm baru kami dapat masuk... Takpelah tunggu lama pun...bukan selalu kita nak ziarah Rasulullah saw kan...

Ada jugak berlaku peristiwa best kat sini...heheh....tapi tak nak cerita lebih kat sini....dugaan itu mungkin juga rezeki dari Allah swt untuk saya merasa dan akan mematangkan lagi..hehehhe

Semoga dapat datang lagi ke sini untuk memperbaiki segala kekurangan..inshaAllah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts